Custom Search

July 29, 2010

Like and Love

I like to eat rice biscuits, you too!

I love living alone in the two-person hostel room, you too!

I like blue color, you too!

I enjoy making jokes, you too!

I adore cuteness, you too!

I love cats, you too!

I like to hang out with you, don't you?

I kinda like you, don't you?

But there are lots of gaps between us. So just let me be your friend.

July 14, 2010

Tok Melah dan Kerabat Batu Pahat

Achtung: Entri ini tidak berunsur 18 tahun ke atas


Atok perempuan sebelah Batu Pahat a.k.a Mak kepada Ibu saya a.k.a Tok Melah telah tinggal di rumah saya selama 2 minggu. Pada hari kedua saya di JB sejak kepulangan saya ke tanah air sendiri, Ibu mengambil Tok Melah dari Mak Odah. Alaa, dekat je rumah kami. Selama Tok Melah berada di Jalan Hang Tuah, rumah saya semakin bersih. Atok tak boleh duduk diam. Dia mesti buat kerja. Kalau tak, dia rasa gelisah resah. Haha! 

Emm, sebelum terlupa nak mention, saya telah kembali ke JB sejak 4 Julai 2010. Saya menaiki keretapi Senandung Malam Express KL-S'pore pada 10.30pm 3 Julai dan tiba pada pukul 6am keesokan paginya. Saya telah membeli tiket Kelas Superior Malam yang ada tilam tu. Selesa juga tau! RM39 harga tiket tu. Semasa kakitangan KTMB check ticket kami, mereka panggil saya "Limabelas, tiket!" Sebab number tempat tidur saya tu 15. Nasib baik tak nyanyi lagu, 15 tu bila dia panggil saya mcm tu. Haha! Kemudian ada couple Chinese ni kena marah dengan kakitangan tu sebab ambil tempat orang. Bodoh ke apa? Tak reti baca number sendiri kah? Kalau nak main pun bukan dalam train la bodoooo~! Okay, sepanjang perjalanan saya tidur tetapi kerap terjaga sebab takut terlepas perhentian, iaitu di Kempas. Setibanya di Kempas, saya diambil oleh Kabin dan Ibu. Lalu rumah lama kami lagi di Kempas, kangen..

Berbalik kepada cerita Tok Melah dan JB. Pada malam kedua, saya memulakan operasi unpacking barang2. Kabin dan Memek juga turut menyertai operasi itu sebab bilik tu memang bersepah dah. Mereka takde masa kut nak kemas, busy kerja, dating segala. Hehee.. Nasib baik la N-gel ni balik. Kalau tak, masih bersepah bilik tu sampai sekarang. Mak Odah kerap datang rumah kami, bawa sepupu kami Dayah tu. Dayah pula dah dua kali ponteng sekolah sebab ikut kami berjalan2 bila Kabin atau Memek cuti. Saya juga puas makan durian free Mak Odah. Weehuu! 

Dapur kami yang dulunya jarang sangat berasap, selain asap/wap air dari kettle mendidih, kini semakin berasap tiap2 hari. Semua sebab ada Tok Melah. Atok rajin masak! Tapi malangnya, saya adik beradik ni bukan kaki makan. Kadang2 terbazir juga lauk pauk yang dia masak susah payah tu. Lupa lagi nak mention, hari pertama di JB, saya sudah kesuweyan. Sebab apa tau, sebab saya terkunci di luar rumah. Ya Ampun! Maklumlah, pintu baru tu ada problem sikit. Lock dia ada masalah. Masa tu saya dah nak keluar dengan Azik jumpa Tasha dan Dzul kat Aeon Tebrau. Handphone kat dalam, kunci kat dalam rumah. Camno? Setengah jam, saya tak mampu buat apa2. Tiba2, Light Bulb!

Nampak kayu panjang! Paku! Nice~ Nasib baik tangan saya mampu menyelit dan membuka daun tingkap itu dari luar. Saya buka luas2 tingkap tu. Saya ketuk2 paku ke suatu hujung kayu panjang itu. Kemudian saya cuba capai handphone saya di dalam. Dengan penuh berhati2, saya berjaya dowh! Kemudian saya cuba capai kunci2 yang berada di tepi kabinet TV. Kunci terjatuh ke lantai. Jangan panik pembaca2 ku! Ni Nabbiha Riza lah. Otak banyak geliga! Saya pun mencuba memasukkan paku itu ke dalam keychain kunci tersebut. Tak boleh. Saya tarik semula kayu itu keluar. Rupanya paku dah tertanggal. Saya cari lagi paku lain yang lebih meyakinkan. Jolok2 lagi, dan.. BERJAYA! Saya cuba buka pintu cepat2 dengan kunci2 yang ada. Agak lama tau mencuba, siap sampai call Kabin lagi. Kabin kata adalah teknik2 nak membuka pintu baru tu. Okay, hampir give up. Dah la pakai baju tidur nih, panas! Saya cuba lagi sambil baca Bismillah. Tataaaam! Terbuka pun akhirnya. Segera saya mandi. Segera saya pakai baju apa segala. Segera saya naik kereta Azik dan menuju ke Aeon Tebrau sebelum Sha dan Dzul berangkat ke KL.

Ahad lepas, saya mandikan kucing2 saya. Nak dijadikan cerita sengal, saya mandikan kucing2 tu kat luar. Pakai host yang ada nozzle tu kan. Tengah sibuk2 bersihkan tempat kucing tu, saya picit la nozzle tu tanpa perasan ia menuju ke arah muka saya. Spuuurrrrs! Tottenham Hotspur! Hehee.. Air pun terpancut ke muka saya. Saya kebasahan.. Tak pasal2 saya mandi dulu before kucing tu. Najjia yang tengah bersihkan bekas makanan kucing tu pun gelak2 kan saya. Kelakar tak? 

Saya penat nak taip. Nantilah saya sambung lagi. Oh currently, saya ada postmodem depression tau. Streamyx TOS. Choy! Rindu semua orang. Selamat menyambut Ramadhan!

July 1, 2010

Leaving KV for JB Soon!

Seribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
Kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup
Ku masih merindukannya



Apakah ku amat berarti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi, ku sendiri

Tajuk lagu di atas ialah Menerima Kau Pergi. Dinyanyikan oleh gadis comel yang sama tarikh birthday dengan saya, Acha Setiaprasa eh Septriasa dan Irwansyah. Lagu ni tak pernah keluar kat corong radio dari Malaysia sebab ni OST dari sinetron kat Indonesia, Andai Ku Tahu. Lagu ni dah bertahun2 juga lah saya tahu dan setiap kali dengar lagu ni, saya mesti rasa sayu. Paling teruk sampai menangis teresak2 sebab terkenang2 peristiwa lalu yang tak sepatutnya dikenang. Choyy!

Okay, saya actually kat KL Sentral sorang2 ni. Tengah online pakai KTMB 1st Class Lounge wifi. Laju! So tadi baru selesai download episod2 best dari Spontan. Baru juga beli tiket keretapi pulang ke JB sabtu ni. Yeay! And saya baru sahaja membenci dan memberi kata2 akhir kat Al-polan sebab dia lelaki yang tak faham bahasa. Eeee geram okay cakap dengan orang mcm dia. Battery lappy pun tinggal 5%. I gtg! Cari lagu di atas kat 4shared okay. Layannnnn