Hari kedua (Isnin 18hb), jadual mcm berisi sikit. Ibu cuti. Offday dia every Monday kan. Ibu masak bubur dengan sambal ikan masin. Best juga menu baru ni. Malam tu aku, ibu dan Kabin gi Tasek. Ibu jumpa kawan dia kejap so aku shopping dgn Kabin. Kitorang makan waffle then jalan2 gi kedai2 baju kat situ. Aku nak try satu baju ni tapi before masuk fitting room aku jalan2 lagi tgk baju lain. Ada amoi bongek ni gi direct "Fitting room dekat sini". Apa kau fikir aku buta sangat ke? Grrr.. Then ibu datang, kitorang gi amik Najjia kat Aeon Bukit Indah. Kitorang pergi Dataran makan kue teow goreng tak sedap kat situ. Banyak gila kicap dia tabur!
Keesokan harinya, hari ketiga (Selasa 19hb) najjia balik kerja awal. Kabin pula tak kerja sebab mata sembab nangis putus cinta. Hadui. Dah lama gila kot dorang bersama, since aku masuk UTP lagi. (-_-") Najjia ajak gi Starbucks Setia Tropika. Amik Verka sekejap kat area2 tu. Sesampainya di Starbucks tersebut, kami pun pilih table kat luar. Then nampak satu billboard kat highway sebelah First Drive Thru Starbucks here in Malaysia. This way please (Lebih kurang mcm tu lah). Then barulah aku sedar Starbucks tu ada drive thru rupanya. Okay this is something. Proud cz JB owned it first. Aku order Strogonoff dan Honey Orange Frap. Around 9.30pm kitorang gerak nak amik ibu kat Jakel. Kalau lambat nanti, ibu membebel. Semua pun tak suka nanti. LoL. Kemudian kami berempat gi main bowling kat Angsana Bowl. Ini kali pertama dapat tengok adik beradik main bowling. Aku gembira sangat malam tu sebab dapat berseronok kat situ dengan kawan2 ibu yang lain.
Inilah Starbucks Drive Thru @ Setia Tropika JB. FYI, Maybank tu pun ada drive thru ATM on the other side. Cool tak JB?
Ini tempat pesanan dibuat. Cool cool!
Hari keempat (Rabu 20hb) pula, Ain menaiki AirAsia dari LCCT dan sampai ke JB pada malam itu. Azik ajak amik Ain kat airport Senai. Aku ikut. Airport sedang under construction. Kami jalan kaki sehingga ke balai ketibaan dan sepanjang melalui jalan sementara dari parking ke hall tu banyaklah pramugara2 lalu. Azik suruh senyum kat mereka. Aku pun senyum, eh dorang balas balik. Ada hati ke? Hahah.. Rupanya tu memang adat mereka, bak kata Azik. Kami jumpa Ain. Last time aku jumpa Ain masa gi Cyberjaya amik kamera ibu yg rosak tu. Ain kata skirt aku cantik. Aku berjanji akan memberikannya sehelai skirt yg aku beli kat M:30 kat OU tempoh hari. Kemudian, kami pergi tunjuk2 rumah2 manusia yg kami kenal kat BBU tu dan end-up lepak kat rumah Ckin kat Padi Huma. Besar gila banglo dia. Besar Punye!! Kami berbual2 dan end-up makan malam (malam ke? pukul 12:00AM dah masa tu) kat rumah dia. Makan sisa2 lauk dinner yang tinggal. Bla3.. Ain dah ngantuk, Azik anta kami balik. Ain tidur rumah aku malam tu. Zzz
Azik dan Ain ke Singapura pada hari kelima (Khamis 21hb) aku di JB. Aku nak balik KL hari ni tapi sebab Kakbin minta tolong jadikan model tudung yang dia tolong ibu jual (berapa banyak tolong daa), aku postpone balik ke hari esoknye. Tunggu punya tunggu, kami start photoshooting at 6pm. Malas nak bercerita banyak, ini hasil pada petang itu.
Dan akhirnya, setelah lima hari berada di JB aku pun pulang ke KL pada hari keenam (Jumaat 22hb). Sangat malang tak dapat gunakan cuti ibu amik dari Jumaat sampai Isnin depan. Ibu hantar aku kat Terminal Taman Tun. Sepatutnya balik dengan Azik, tapi sebab aku ada banyak plan lain aku pun gerak sendirilah. Kami breakfast kat tepi terminal tu sementara tunggu bas yang akan datang pada jam 9.30am. Dalam bas aku sedih, sebab jarang balik JB dan bila balik pun sekejap2 je. Minta maaf.. My life and my friends kat KL sana. JB is not my preferred place as it makes me empty without a bf there. Hihi! Still, my family is always in my heart and my mind. Janji2 yang N janjikan akan cuba N tunaikan. Love y'all!
1 comment:
JB mmg best...ayoi pn sgt kagum dgn JB ni...nak sgt duk n keja kat JB ni...p mcm mane pn...ayoi pn kena prefer duk KL...sbb JB hanyalah kampung papa dulu hmmm...
Post a Comment