Custom Search

May 9, 2010

A Dedication To A Dedicated Woman of My Life



Dear Ibu,

Hari ini adalah hari ibu. Kalau ikut US, Ahad kedua dalam bulan May itu menandakan sambutan Mother's Day. Kalau kat Indonesia pula, 22 Disember. Walaupun ada negara hari sambutannya lain2, tapi tujuannya tetap sama iaitu hari untuk menunjukkan apresiasi terhadap insan yang melahirkan kita di dunia ni.

Ibu dah wish Tok Melah? Jangan lupa wish dia tau, bu. Ibu, N tau banyak sangat pengorbanan ibu dari dulu sampai sekarang. Dah lah N tak keluar dari perut pada 31 Ogos 1987 tu. Ibu cerita, masa tu Ibu berharap sangat dapat kek merdeka-baby kalau N lahir pada tarikh bersejarah Malaysia tu. Tapi N tak keluar jugak. Pukul 7am keesokan hari tu barulah N keluar dari perut Ibu. Sakit tak bu masa lahirkan N? N berat kot, 3.3kg. Hihi. Kemudian dari lahirkan N, susukan N, jaga makan minum pakai N, ibu jaga semuanya lah.

Masa N tadika sampai darjah 1 Ibu bekerja sebagai nurse.Ibu kerja kat klinik Asia dgn TML. Then, darjah 2, Ibu berhenti kerja. Lepas Ibu stop kerja tu lah prestasi kat kelas N merudum. Ibu ambil upah jahit baju, dan jaga baby. Seingat N, ibu jaga Erin dan dua adik beradik comel, Kak Ida dan Zharif. Dari dapat best student Darjah 1 kat SKTTA1, lepas tu tak dapat apa2 penganugerahan lagi. Still, N berjaya dapatkan 5A dalam UPSR untuk Ibu. Then N masuk SIGS sebab ikut Kakbin. PMR N tak memuaskan hati, tapi SPM pun so-so lah.

N pun berjaya masuk UTP seawal usia 17 tahun lagi (sebab masa tu belum birthday, consider 17). Ibu gembira, semua happy! Bila N start masuk UTP, Ibu pun start kerja kat Jakel JB sebagai konsultan langsir. Sampailah sekarang, Ibu naik pangkat, boss suka kerja ibu, customer pun suka deal dgn Ibu. Rezeki Ibu pun bertambah2 kat situ sampai Ibu mampu beli Rabbit Putih (Myvi) dan drive pergi balik kerja. Ibu terpaksa beli kereta pun lepas insiden Ibu kena ragut sampai Ibu luka2, sampai sekarang ada bekas2 tersagat kat jalan tu lagi. Kesian Ibu.

Sekarang ni, N cuba habiskan belajar kat UTP ni supaya lepas ni boleh tolong ibu dan family. N tau Ibu selalu bagitau kawan2 ibu N ni belajar kat UTP (bla3). I know you're proud of me. Ibu, N harap Ibu cekal dalam apa2 masalah yang Ibu harungi, biarpun masalah tu nampak macam takkan ada penyelesaian. Ibu kena banyak sabar, jangan cakap bukan2 bila ianya tak betul. Ibu kena pandai kawal perasaan, perkataan dan kena bijak jaga hati orang walaupun orang tak selalunya jaga hati kite. 
To Ibu, Selamat Hari Ibu. Semoga segalanya okay2 je kat sana =)


3 comments:

Kenangan Lalu said...

Selamat hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia~!!!

marjeena said...

Untuk ibu/mak/umi/mama nymq jugak!

pari-pari bawah angin said...

happy mother's day mak sal... :)