Custom Search

May 4, 2010

Ujian Penglihatan dan Ujian Pendengaran

Ujian2 ini diperkenalkan sejak tahun lepas oleh kawan2 saya. Ada beberapa ujian yang semua harus pandai mencari tahu jawapannya. 

Ujian Pendengaran 1:
Segi Tiga
Soalan: Segi tiga UTP, Segi tiga USM, Segi tiga UiTM. Segi tiga siapa?
In order to find out the answer, semua yang berada dalam ujian ini harus menjawab. Jikalau tiada siapa yang jawab, memang tak ada jawapan lah kan? Bagi ujian ini, it took me one year to figure out the answer. Glad I've figured out the answer masa keluar tengok Ironman 2 dengan Azik, Awanis, Hana dan Akmal.
Clue: The first

Ujian Pendengaran 2:
Buka/ Tutup
Cara menguji rakan2: Kamu boleh pakai tapak tangan, kotak rokok, pinggan, laptop, coin atau apa saja yang ada dua side atas dan bawah. Dengan menterbalik2kan objek yang dijadikan bahan ujian, cakap "Ni buka, ni tutup, ni tutup, ni buka, ni buka, ni apa? (sambil tunjuk satu side daripada objek tester)". Rakan anda harus meneka dan jawapannya agak senang difahami. Diulangi, ini adalah ujian pendengaran. So sebenarnya, menterbalik2kan objek itu adalah untuk mengaburi dan memblurkan anda saja. Haha
Clue: Jawapan - Buka

Ujian Pendengaran 3:
Berapa?
Soalan: Saya baru lepas makan koko krunch di atas meja, tiba2 semut pun berkerumun banyak2. Soalannya, berapa banyak semut yang mengerumuni serpihan koko krunch?
Bagi mencari tahu jawapan kepada berapa semut di atas tu, anda harus peka dengan soalan yang diberi. Memanglah kalau semut2 tu dah banyak memang susah nak kira kan. Tapi memang ada satu jawapan, suatu number bagi Ujian Pendengaran ini.
Clue: 8 ekor semut

Ujian Pendengaran 4:
Apa kaitan (original version)
Soalan: Apa kaitan kereta lembu dengan rambut beruk?
Okay, sejujurnya.. Saya pun tak tahu lagi apa jawapan atau cara mencari jawapan untuk soalan Apa Kaitan ni. Kalau kawan2 teruskan bermain benda ni dengan saya, mungkin saya boleh cari solution dia sebelum 2 tahun. Boleh tak (siapa2 yang tahu?)
Ujian Pendengaran 4 ini ada lagi 2 version. Come on la weh, jawapan dia senang je!

Ujian Pendengaran 5:
Bang! Bang Bang Bang! B-b-b-b-b-bang-bang! Siapa mati kena tembak tadi?
Ini tahap rendah untuk ujian pendengaran. Jawapan senang je, come on la woiii. Clue: seperti segi tiga

Ujian Penglihatan 1:
Jari-jemari
Tunjukkan jari-jari anda sambil menyebut number2 yang ditunjukkan oleh jari2 itu. Agak susah nak explain kat sini. Kalau nak tau, let me know.

Ujian Penglihatan 2:
Satu objek harus diadakan untuk menjayakan Ujian ni. Boleh pakai handphone, kotak rokok atau lighter, anything yg segi empat. Yang ni juga menggunakan trick jari-jemari. Jawapan akan menjadi sedikit 'sial' apabila memberi soalan kata jawapan anda salah, dan jawapan sebenarnya adalah 3 setengah, 4 suku atau 1.45.

Saya rasa setakat ni je Ujian2 Pendengaran campur Penglihatan campur IQ sikit yang junior2 pernah bagi kat saya. Bila anda tak tahu jawab, atau jawapan yang anda beri selalu salah, maknanya anda punya otak sudah berkarat. Tapi jangan give up. Sebab yang pandai cari tahu cara nak jawab ujian2 di atas, boleh dikatakan genius, brilliant, awesome! So, siapa2 yang tahu solution kepada Ujian2 di atas, boleh tak share sama saya? Terutama apa kaitan tu. Damn tak tau kot! Dan kalau ada yang berminat untuk menguji nasib mereka dengan ujian2 ni, saya sudi berikan setakat mana yang mampulah. Thank you!



No comments: