Custom Search

May 3, 2010

Selamat Datang Mei 2010

1 Mei adalah Hari Pekerja seperti yang diketahui umum. Plan awal saya adalah untuk ke Ipoh berseorangan, menaiki bas dan pergi ke mana sahaja kaki ini larat melangkah. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Encik N dah online. Mula2, rasa nak minta tolong dia hantar gi bus stop kat depan UTP ni. Tapi, seganlah pula. FYI, saya ni ada masalah tak suka menyusahkan orang. Tiba2, Encik N pun PM. Wah, macam mana dia tau I was thinking about him? Then dia ajak jalan2. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, (betul ke peribahasa ni?), saya pun setuju teman dia hari ni.

11 pagi, kami meninggalkan UTP. Terus menuju ke Batu Gajah. Kami pergi cucuk dinding kat CIMB sana. Ergh, dia curi tengok jumlah wang saya! Then we headed to Bundle Batu Gajah. I was looking for leather jacket, tapi tak jumpa. So dia sahajalah yang beli last2. Kemudian, kami menuju ke Ipoh. Encik N mula buat lawak2 sengal dia. Pasal tank, pasal tweet, pasal recent trip dia, pasal Tiger Wood, pasal the "S'" word. "S" word tu sumpah buat saya paling bengang, super bengang gila sebab dia repeat banyak kali! Last2 sampai Ipoh Parade. Parking kat roof top.

Kami ke Arokaya Thai Massage house. Oh2, ada amoi kecik nampaknya suka sama aura saya. Memang budak kecik senang suka kat saya eh? Saya tak berurut, dia je. Saya shopping kat Ruffey! OMG, itu kan kedai favorite kelab PPG saya suatu ketika dulu =D Sejam kemudian, settle semuanya. Kami berjumpa semula di kawasan parkir. Mulut saya sibuk direct dia jalan keluar, walhal, sendiri pun tak tau jalannya. Ikut rule-based reasoning je.. Kat mana jalan masuk, kat situlah jalan keluar kot? Okay, at least I got it slightly right. Kalau ikut kereta2 bodoh lain kat depan tu memang berpusing2 lah kite kat roof top tu, you.

Agenda seterusnya adalah mencari makan. Setelah membuat keputusan, kami ke Nasi Vanggey kat Greentown tu. Masalah cari parking lagi. Memang hari ni, hari Encik N bazir minyak dia lah! Degil tak nak percaya cakap saya. First time okay dapat makan nasi vanggey yang famous kat Ipoh ni. Should try nasi ganja as well one fine day. Setelah sekian lama saya gedik makan pakai cutlery,  hari tu, saya pakai tangan. Sebab nak buat nasi boli2 yang Ayah ajar dulu. Nasi putih dan telur masin yang dikepal bulat2 bagai Snowman (dipanggil boli2 masa saya kecil dulu).

Sesudah makan, kami keluar dari bandaraya Ipoh yang bosan itu. Haha! Nak cari jalan gi Medan Gopeng tu pun susah. Degil lah u, tak nak dengar cakap I. Geram! I am the best human navigator okay, trust me =) Lepas tu, kami pergi Clearwater Sanctuary. Saya swimming alone sebab dia tak bawa pakaian swimming. Haih.. So dia minum kopi sambil makan roti cheese, saya swimming puas2 gila vavi! Walaupun tak berapa pandai swim kan, tapi berendam memang kegemaran saya! Then balik, habis cerita.. 


No comments: