Custom Search

August 13, 2010

Aunty dan Kucing Kucing

Hari ni, ketika saya busy menjadi mandur semasa orang buat rumah, saya didatangi 3 orang anak2 kecil. 2 lelaki, 1 perempuan (paling kecik). Saya letakkan kucing2 di luar sebab tak nak air, makanan mereka kena habuk2. Masa tu, saya nak buang taik kucing dalam pasir dia tu. Nasib baik budak2 tu sampai lepas dah selesai buat kerja pencacai. Kalau tak, kitty2 pun tak nak buat gaya bersantai dalam pasir tu. Kotor. Okay, nama budak2 tu: Putri Liyana, Irfan dan Shamil kot. Shamil or something, tak faham dia cakap apa sebab gigi dia rongak kat depan! Hohoo


Si tiga kaler - Tiger's (#1) dan Tiger ibunya yang dah beranak banyak kali.


Si Ibu susuan bernama Bubu. Dari kiri: #2#3 atau tuneng, #4, #5(dah mati), #6(Jacob) ,#7. 2, 3, 7 - Tiger's. 4, 5, 6 Bubu's.
#8 - Tiger's. Nice spot bebeh!
Abang Boboy yang gedik dan #9 - Bubu's

***


Shamil: Kakak, kakak! Cantiknya kucing kakak. Comel!

Apek buat rumah terdengar perbualan kami, dia menyampuk

Apek: Haa, itu satu RM200!

Saya: (Tergelak, dapat idea) Ha ah dik. Satu RM200. Kalau korang nak beli, boleh booking dulu. Nanti lepas raya, dah kumpul duit raya semua, korang datang balik beli kat kakak eh?

Mereka semua terdiam sekejap.

Shamil: Ha takpe. Mak kite buat bisnes. Nanti dia dapat duit, kite nak beli kucing ni. Kite nak yang ni tau akak. (Tunjuk #4)

Putri Liyana: Aunty, Aunty

Monolog dalaman: OMG! Budak kecik nak kena lempang ke panggil Aunty!!!

Saya: Ye dik (Sambil buat muke tak puas hati. Tapi die tau apa je kan?)

Putri Liyana: Yang tu apa aunty? (Tunjuk pasir kucing)

Saya: Oh, tu pasir kucing. Tempat dia berak2, kencing2. Tapi awak tak boleh berak dan kencing dalam ni tau.. (Aku gelak, apasal dorang tak gelak!! Tak kelakar ke?)

Irfan: Kite nak kucing ni (#3 a.k.a Tuneng)! Yang kaler pokey (ke hape tah, sebenarnya dia nak sebut oren)

Saya: Oh, cuba tengok mata dia. Cantik kan? Biru2..

Shamil: Eh aku pun nak kucing ni la, Irfan!

Irfan: Mana boleh! Aku dah chop dulu..

Putri Liyana: Mak dia mana? Bapak dia mana?

Saya: Bapak dia dah hilang, (tau buntingkan kucing betina aku je) mak dia ada dua. Mana ek? (Sambil cari2 Bubu dan Tiger)

Putri Liyana: Yang tu bapak dia kan? (Tunjuk kat Boboy)

Saya: Tak lah. Tu abang dia. Abang dia sayang adik2 dia. (Saya tukar topik) Korang adik beradik ke?

Shamil: Bukan!

(Tiba2 Irfan cuba berbisik dengan Shamil. Dia bisik kuat, aku dengar kot! Dia cuba pujuk Shamil bagi tau saya yang mereka memang adik beradik)

Irfan: Hey.. cakap ngan kakak ni kite adik beradik la.. (Cakap bisik2)

Shamil: Eh ktorang adik beradik. Ada tiga je ni. Yang kecik tu Putri Liyana, ni Irfan.

Monolog dalaman: Yelah tu. Shamil muka lain sangat!

Tiba2 ada seorang budak lelaki lalu kat lorong tu. Pendek, kecik. Surprisingly, dia pakai seluar hijau tua sekolah menengah tu. Lepas budak tu blah.

Saya: Kecik nya dia!

Shamil: Nama dia Kiki. Kawan Abang kite

Monolog dalaman: Eh, tadi 3 beradik. 4 pulak yer? Budak budak.. budak budak..

Putri Liyana: AUNTY! Bapak kucing tu mana? (Tanye lagi..)

Shamil: Eh, jangan panggil dia Aunty. Aku tau dia kakak. Panggil dia kakak..

Putri Liyana: Aunty! Tu eh Bapak dia? (Sekali lagi tunjuk kan Boboy)

Monolog dalaman: Adoi, tanya lagi? Aunty lagi? Tanya la Burung Murai banyak2 kali. Confirm aku layankan.. Haha

Tiba2 Mak Cah (jiran sebelah kiri rumah) lalu.

Putri Liyana: Nenek! Nenek suke kucing jugak?

Saya tergelak sorang2. Nenek?? Pandai betul budak ni. Tapi memang Mak Cah dah ada cucu pun.. Tapi Mak Cah berlalu saje. Tak layan budak tu.

Irfan: Kakak, kucing ni nama apa semua?

Saya: Belum ada nama sangat. Satu je ada nama. Yang kelabu tu. (#6 dalam gambar) Tu nama dia Jacob. (Jacob sebab dia paling besar antara kittens tu. And his eyes look like a wolf. Auwww)

Shamil: Kite nak namakan kucing kite nanti Shamin la. Tu nama adik kite..

Aku gelak sorang2 lagi. Teringat masa kecik, adik aku suka sangat nak namakan kucing Tina Pimpin. Wadde

Irfan: Lekeb.. Lekeb 

Suddenly semua kucing pun dia panggil Jacob versi pelat. Lekeb.. Gelaklah aku!

Begitulah kisah saya melayan anak2 jiran jalan belakang rumah. Ayayay. Harap korang terhibur!

No comments: