Custom Search

August 12, 2010

Kawan2 Baru Dan Lama

Actually post ni bukan pasal kawan2. Tapi pasal my recent trip to Klang Valley. Last Thursday, setelah tangguh berhari2 untuk ke Klang Valley, akhirnya saya nekad pergi ke sana. Rindu tau adik2 yg tengah intern tu especially Naila, Is, Ed, Waktang, dan Jan07 lain2 yg saya kenali. Setelah kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, angkat baju, packing bag, bagi makan minum kucing, saya pun keluar. Mula2 rasa nak tunggu kat TUTA Bus Terminal je. Tapi panas sangat. So mintak number taxi JB kat Kabin. Taxi datang and saya pun ke Stesyen Bas Sri Skudai. Mula2 pergi kat Konsortium punya kaunter. Tapi dorang kata lambat lagi bas sampai. So ada brader Ulat Tiket ni suggest bus kat booth dia. Saya pun terkedek2 pergi, percaya seratus peratus bas akan sampai 5 minit lagi. Dan akan sampai KL before 6pm. Rupa2nya, kat Negeri Sembilan, sebangunnya saya dari tidur, driver buat pertukaran. Passengers yang nak ke Klang and Shah Alam naik bas kat depan, KL stay. And ada passengers dari bas depan naik bas itu. Seorang uncle from India duduk sebelah saya. Macamlah takde seat lain. Ishh.. Kemudian kat exit Seremban, boleh pulak bas ni keluar and masuk Seremban town. Dalam hati dah menyumpah2, uncle India kat sebelah ni berbual in English tapi kuat2. Annoying. Kerana geram dan tak tau nak cakap kat siapa, saya call Is yang dah habis office hour but still in the office. Saya cakap kat dia, "Driver ni ingat I nak sangat ke gi kampung u?" (Macam kasar eh, sorry Is) Lepas tu saya merepek kat dia "I tinggalkan Boboy kat JB sebab I nak jumpa Boy kat KL" Euww, apa2tah line aku masa tu. Bas berhenti di Terminal 1 and sesiapa yang nak turun di situ, dipersilakan. Kemudian bas meneruskan perjalanan ke KL. Saya sampai Bukit Jalil pukul 7pm something, terus naik LRT ke Bandar Tasik Selatan and tukar naik komuter sampai Kepong Sentral. And finally sampai rumah.

* * *

Esoknya, Friday saya bangun pagi2 sebab dah janji dengan adik2 yg intern nak join mereka Friday @ McD. Saya travel ke Kepong Sentral naik taxi, then terus dapat komuter ke KL Sentral. Then naik LRT to KLCC. Sampai sana just on time, 1230pm! Tried to hide myself so much sebab tu kan kawasan panas. The Second UTP. Malaslah nak jawab kalau dorang tanye dah kerja ke belum, dah kawen ke belum, eh opps..! Terus saya ke Signature dan cari seat, saya tunggu beberapa minit je before dapat seat. Dah la masa tu orang memang tengah ramai! SMS saya ke Is tidak berbalas. Tiba2 Ed call, mereka tengah mencari saya. Sejurus selepas itu, saya pun bertemu mereka semula selepas 2 bulan tak jumpa. Saya pun ajak Naila jugak. Naila bawa Ai (atau Farah wakenabeb!) Jayzee dan siapa2 lagi la girlfriends dia. Waktang sibuk memeriksa perut saya yang semakin hebat ni! Damn.. Berbual2, Is Waktang dan Ed pergi meninggalkan kami untuk sembahyang Jumaat. Saya berbual2 dengan Naila dan Ai. Terfikir untuk pergi ke iCity Shah Alam yang digembargemburkan tu. Kemudian, masa rehat tamat. Saya ada plan lain dengan Wawan. To Camp 5 and climb. Saya bagitahu Wawan yang saya tak bawa pakaian untuk climb. Tapi dia bersungguh nak pick me up kat OU then gi Prima D amik baju then to OU and climb. Demi tak nak susahkan dia, saya tambah lagi, "Lagipun i tak bajet duit untuk climb" Dia pun okay kan je lah. Saya naik LRT ke KL Sentral semula. Then tunggu kat area bas untuk bas U82 ke Bandar Utama. Pusing2 sampai saya tertidur. Sedar2 je dah sampai Tropicana City. Terus Makcik di sebelah cari peluang berbual dengan saya. Kami berbual, sampai saya bagitahu Makcik tu, ini perhentian Makcik Yam. Okay, Selamat Tinggal. Saya berbual sampai Wawan call pun tak jawab. Hehee.. Pukul 4pm saya sampai OU. Saya jalan2 tapi Wawan senyap. Dah sejam tunggu dia baru message dia. Dah sampai pun. Penatnye tunggu sejam tau. Kat Camp 5, saya nampak Rauf, Hakim, Danial. Tambah kejutan lagi, saya jumpa Zul, girlfriend dan Alin! OMG! Lama gila tak jumpa Alin tu. Mula2 saya segan2 dengan Wawan sebab before ni memang pernah jumpa. Tapi tak pernah berbual2 panjang. Lepas saya drop comment kat wall dia "happy belated birthday" barulah kami create a conversation. Climb, makan kat Mosin, jalan2, last2 dia masuk kerja lambat. Sorry okay!

* * *

Sabtu, saya bangun sepagi2nya. Seawal jam 6 pagi sebab saya nak pergi ke Lawing Falls with Kembara. Dah mandi. Tiba masa packing barang, saya check2, bra extra tak ada. Damn! Merajuk, menangis sikit then saya SMS uruq kata tak dapat join. Haih.. So masa tu berharap dapat keluar dengan Is dan Naila malam nanti. Petangnya, Is berjaya buat plan dengan saya dan Naila Lala. Naila akan datang Prima D around 8 and Is akan datang ambil kami kat situ. Tapi Is lambat. Kami terpaksa batalkan plan tengok wayang. Kami terus pergi iCity yang macam best tu. Naila fooled me masa Is tengah sibuk isi minyak kereta. Ada kucing bergantung2 kat cermin pndg blkg tu. Naila tanya apa jantina dia? So saya jawab berdasarkan kehenseman wajah toy itu, Jantan nih! Naila menafikan jawapan saya. Alasan, sebab ada bunga kat badan kucing tu, plus dia ada handbag. WTF! Wakenabeb! Naila Naila.. Is drive kereta macam orang gila. Kadang2 saya tutup mata, tak sanggup tengok jalan dah. Bila dah nak sampai iCity, saya nampak Jakel Shah Alam yang baru buka tu! Besar lah jugak. Sebesar2 perut Iskandar har har har! Kereta2 memang sangat banyak nak pergi ke iCity tu. Kena bayar RM10 for parking. Boleh kaya kan mereka? Masa nak keluar kereta, I hurt myself. Jari terkena besi purse. Berdarah! Nasib baik Edward Cullen si Pupu ni tak menyinga.. Kami jalan2 kat iCity, sedikit boring sebab tak bawa kamera. Saya dah berpeluh2, Is.. laaaagilahh! Naila suka tengok manusia2 pose depan lampu lampi tu.. Kami habiskan masa 40minit kat situ. Kemudian Is suruh buat pilihan, movie atau makan? Saya pilih makan. Movie tu, bila2 pun boleh, bila2 pun boleh download jugak kan. I agreed with him nak ikut pergi Andalus jumpa Troy dan Kechik. Naila.. She couldnt made up her mind. Abang Is yang baik hati ni ambil adik dia kat Mamak Restoran Syed kot. Adik dia yg bernama Wan if I'm not mistaken. Kami singgah kencing mengencing di McD 24Hr berdekatan dan barulah bertolak ke KL. Saya dan Naila sibuk main Spot the Difference kat iPhone dia. Is driving je macam seorang bapak yang sedang cuba buat anak2 gembira. Hoh! Last2 sampai kat Andalus. Manusia sangat ramai, nasib baik Troy dan Kecik dah dapat kan table dulu. Troy memerli2 perut cantek saya. Eleh, macam la dia punye nice. Hehe.. Saya order Lamb Kebab dan Barbican Peach. Air sampai cepat. Makanan, setengah jam lebih kot tunggu! Mata saya sangat galak tengok awek2. Dah la ada 4,5 budak SIGS saya nampak kat situ. Tapi malas nak tegur. Segan! Pukul berapa tah, 1 lebih kot baru lah kami blah dari situ dan balik. Is drive terus ke Prima D, Naila amik kereta dia dan pulang, dan saya pun pulang. Saya gembira sangat dilayan bagai tourist yg tak pernah datang KL. Thank you adik beradik giloo.. Is & Cik Qistina!

* * *

Ahad pula, saya tak buat apa2 sangat. Petangnya saya google Cool Blog area KL, Selangor. Kat Kepong ada! Maka untuk pertama kalinya saya ke Carrefour Kepong dan mendapatkan Cool Blog Honey Dew Milk Tea with Bubbles! Kemudian saya ke Jusco Metro Prima Kepong untuk pertama kali jugak. Saya beli seluar kelabu kat Ti:Zed RM40. Cantik. Then saya beli tiket wayang cerita Salt 10.30pm. Ada lagi sejam lebih sebelum tayangan, saya jalan2 lagi kat Jusco. Saya nak beli deodoran baru, tapi tak tau mana yang best. Dalam kepala cuma ada Deodoran baru dari Bodyshop tu je. Yg boleh refill2. Saya beli kad raya. Saya juga try baju kebaya RM39 kat situ. Cantik! Siapa nak sumbangkan baju kebaya pertama saya? Hehee.. Kemudian saya tengok cite Salt dan balik makan kerang rebus dan tidur...

* * *

Isnin, kerja gila day! Friend, Maybank, UTP, unsettled financial issues. Then malam gi cari Cool Blog lagi, perisa coklat, makan kat Old Town, then balik tidur. Untuk beberapa malam sebelumnya, saya asyik mendengar semula lagu Stay yang pernah saya minat dulu. Dulu saya loop banyak2 kali video dia sebab saya suka sama itu perempuan yang menyanyi. Tak sangka pula sekarang saya berkawan dengan salah seorang dari mereka.

* * *

Last day! Packing baju2. Meninggalkan Prima D at 6pm dengan bantuan kawan di blok satu lagi. Ke Hentian Putra (Bajet ada Maraliner ke JB, tapi tak de. Damn it, membazir parking fees RM3). Kemudian ke Bukit Jalil. Balik. Sampai JB at 12.30am!

No comments: