Custom Search

August 17, 2010

Musafir di Bulan Ramadhan - Day 2

I woke up at 9 something am. Helped Diy brainstorming ideas for her Shell interview later in the afternoon. Sorry tau Diy, kalau bagi idea kurang best, kurang munasabah. Lepas shower, terus siap2 pakai seluar yang sama dan baju Dolly kegemaran. Salam Diy and leave the room to Pocket D. Kerana malas, I just hopped into the elevator and go to JPSP for the clearance. Nazmi kata its gonna take some time. Tapi mana ada. Sekejap je dah settle. Kalau self sponsored, dia check, bila Finance dah clear, maknanya okay la. Turun lif balik dan lalu short cut ke ACS. Maknanya lalu building2 lama, CALL lab, lecture room, lecture hall before getting there. Sangat nostalgik. Teringat masa foundation dulu.

Then kat ACS jumpa kakak kerek Registry tu and dia pun stamp and sign kat clearance form saya. Last check point, Exam Unit. I just leave the form on the counter. I think Ma'am Shakirah was there too. But I was uncertain. I just heard her voice. After that, was the most energy wasting activity. I had to walk from ACS to the bus stop in front UTP gate. Macam damn jugaklah takde kereta stop and tumpangkan sampai depan. Dah lah panas. Haih2! Dengan gigih lagi sabar dengan matahari yang mula menghitamkan wajah, akhirnya saya sampai juga kat bus stop tu. Nak tunggu bas lain cerita. Dekat sejam woo tunggu baru dapat bas Roadways tu. Pergh! Sumpah aku telah menyumpah2. Hehee.. 

Dalam bas bayar RM4 to Ipoh. Buka tingkap luas2, biarkan angin meniup2 rambut yang tak cantik ni. Confirm polluted and balik kena cuci cepat2.. 12.30pm turun kat Shell Medan Kidd and berjalan lagi ke KTM Ipoh. Singgah kejap kat Post Office tepi tu untuk beli stem local yang dah naik 2x. 60cent okay skarang! 6 kad raya pun dilekatkan dengan stamp sebelum memasukkannya ke dalam peti "Lain2 tempat" kat P.O tu. Saya terus ke Kaunter Tiket untuk membeli tiket keretapi yang dijangka akan bergerak pada 1.44pm. Rupanya tak perlu ambil number, ada kaunter tiket jualan semasa kat situ. Siapa nak naik train2 yang dah sedia menunggu kat platform boleh beli kat situ. Saya singgah kat minimarket tepi tu beli plaster. Kaki dah melecet pakai kasut Crocs Najjia yang besar! Heh heh

Tepat pada waktunya, tren pun bergerak. Tidur sampai Tg Malim then turun kat Rawang. Beli tiket komuter pula ke Kepong Sentral. Bijak kan KTM sekarang? Untuk profits yang lagi masyuk, mereka kurangkan stops Train (tapi pricing sama macam turun kat Kepong Sentral) dan menggalakan orang spend their money naik komuter. GENIUS! Okay ada adegan kelakar kat Stesen Rawang. Ada aunty India cleaner tengah sapu2 dalam komuter. Tiba2 komuter nak gerak, pintu pun tertutup. Dia dah gelabah. Jerit2 kat kawan dia yg kat luar suruh buka pintu. Kesian saya tengok dia. Tapi saya mampu gelak je. Heh Heh.. Nasib baik driver tu faham situasi dan terus buka pintu. Kalau tak, berjalan2 lah aunty tu sambil cuci komuter.

Sesampainya kat Kepong Sentral, terus mendapatkan bas 100 Metro. Fuyoh! Makcik tomboy kot drive bas! Cool gila! Sebenarnya dah biasa tengok perempuan bawa bas. Tapi Heh Heh.. I know ramai tak naik public transport, so korang tak tau! Booo~ Sampai2 kat rumah, saya flat terus. Tidur melangkaui Maghrib, pukul 10pm bangun terus cari makan. Hehe.. Okay. Sebenarnya saya tak puasa pun masa ni. So adalah beberapa kali saya curi2 minum air sepanjang perjalanan pulang. Gila nak mampos rasa jalan kaki banyak2, bawah panas matahari. Okay bye!

No comments: