Custom Search

August 17, 2010

Musafir di Bulan Ramadhan - Day 2

I woke up at 9 something am. Helped Diy brainstorming ideas for her Shell interview later in the afternoon. Sorry tau Diy, kalau bagi idea kurang best, kurang munasabah. Lepas shower, terus siap2 pakai seluar yang sama dan baju Dolly kegemaran. Salam Diy and leave the room to Pocket D. Kerana malas, I just hopped into the elevator and go to JPSP for the clearance. Nazmi kata its gonna take some time. Tapi mana ada. Sekejap je dah settle. Kalau self sponsored, dia check, bila Finance dah clear, maknanya okay la. Turun lif balik dan lalu short cut ke ACS. Maknanya lalu building2 lama, CALL lab, lecture room, lecture hall before getting there. Sangat nostalgik. Teringat masa foundation dulu.

Then kat ACS jumpa kakak kerek Registry tu and dia pun stamp and sign kat clearance form saya. Last check point, Exam Unit. I just leave the form on the counter. I think Ma'am Shakirah was there too. But I was uncertain. I just heard her voice. After that, was the most energy wasting activity. I had to walk from ACS to the bus stop in front UTP gate. Macam damn jugaklah takde kereta stop and tumpangkan sampai depan. Dah lah panas. Haih2! Dengan gigih lagi sabar dengan matahari yang mula menghitamkan wajah, akhirnya saya sampai juga kat bus stop tu. Nak tunggu bas lain cerita. Dekat sejam woo tunggu baru dapat bas Roadways tu. Pergh! Sumpah aku telah menyumpah2. Hehee.. 

Dalam bas bayar RM4 to Ipoh. Buka tingkap luas2, biarkan angin meniup2 rambut yang tak cantik ni. Confirm polluted and balik kena cuci cepat2.. 12.30pm turun kat Shell Medan Kidd and berjalan lagi ke KTM Ipoh. Singgah kejap kat Post Office tepi tu untuk beli stem local yang dah naik 2x. 60cent okay skarang! 6 kad raya pun dilekatkan dengan stamp sebelum memasukkannya ke dalam peti "Lain2 tempat" kat P.O tu. Saya terus ke Kaunter Tiket untuk membeli tiket keretapi yang dijangka akan bergerak pada 1.44pm. Rupanya tak perlu ambil number, ada kaunter tiket jualan semasa kat situ. Siapa nak naik train2 yang dah sedia menunggu kat platform boleh beli kat situ. Saya singgah kat minimarket tepi tu beli plaster. Kaki dah melecet pakai kasut Crocs Najjia yang besar! Heh heh

Tepat pada waktunya, tren pun bergerak. Tidur sampai Tg Malim then turun kat Rawang. Beli tiket komuter pula ke Kepong Sentral. Bijak kan KTM sekarang? Untuk profits yang lagi masyuk, mereka kurangkan stops Train (tapi pricing sama macam turun kat Kepong Sentral) dan menggalakan orang spend their money naik komuter. GENIUS! Okay ada adegan kelakar kat Stesen Rawang. Ada aunty India cleaner tengah sapu2 dalam komuter. Tiba2 komuter nak gerak, pintu pun tertutup. Dia dah gelabah. Jerit2 kat kawan dia yg kat luar suruh buka pintu. Kesian saya tengok dia. Tapi saya mampu gelak je. Heh Heh.. Nasib baik driver tu faham situasi dan terus buka pintu. Kalau tak, berjalan2 lah aunty tu sambil cuci komuter.

Sesampainya kat Kepong Sentral, terus mendapatkan bas 100 Metro. Fuyoh! Makcik tomboy kot drive bas! Cool gila! Sebenarnya dah biasa tengok perempuan bawa bas. Tapi Heh Heh.. I know ramai tak naik public transport, so korang tak tau! Booo~ Sampai2 kat rumah, saya flat terus. Tidur melangkaui Maghrib, pukul 10pm bangun terus cari makan. Hehe.. Okay. Sebenarnya saya tak puasa pun masa ni. So adalah beberapa kali saya curi2 minum air sepanjang perjalanan pulang. Gila nak mampos rasa jalan kaki banyak2, bawah panas matahari. Okay bye!

August 16, 2010

Musafir di Bulan Ramadhan - Day 1

Assalamualaikum w.b.t

Puasa tak rakan2? Haa.. Bagus semua puasa. Yang tanya ni, tak puasa. Keh3.. Hari ni, saya ada job interview kat Wisma YPR Jalan Syed Putra near Midvalley. Saya bangun pada pukul 5am dan terus menggosok pakaian untuk ke temuduga tersebut. Saya memilih untuk memakai skirt hitam paras lutut dan baju kemeja pink. Saya keluar rumah pada jam 7.30am dan menumpang kereta rakan sehingga ke Plaza Vads TTDI. Saya bawa dua beg. Satu handbag, satu lagi bag kalau2 saya nak gi UTP buat clearance. Kira2 jam 8am, bas RapidKL U82 ke KL Sentral pun sampai. Saya menikmati keheningan pagi sambil memahami tempat2 yang bas itu lalui. 8.45am saya pun sampai di KL Sentral. Terus saya cari port wifi KTMB 1st Class Lounge. Dah on laptop semua, tiba2 baru teringat laptop tu ada masalah kat sambungan wireless dia. OMG! Sia2 je bawa, tapi tak boleh pakai! Saya give up. Saya lapar, tapi takkan nak gi McD. Takut kena tangkap! Last2 saya tinggalkan barang2 kurang berharga kat locker yg disediakan dan menuju ke Wisma YPR. Jalan punya jalan, saya tak sedar jalan depan monorail KL Sentral tu dah berubah jadi satu hala. Bas dah tak lalu situ rupanya.. Saya bingung. Hmm.. Naik teksi jelah! Naik teksi kena RM4.50. Terus gi ke bilik interview. Ramai juga gerombolan2 yang bakal ditemuduga hari tu. Company tu banyak Indian and Malay. Lelaki Melayu pun banyak. Ehemm Ehemm! Hampir satu jam menunggu akhirnya saya pun ditemuduga Ms Milan yang merupakan Admin Exec di situ. Mereka suruh saya nego expected salary. Saya letak 1.6k. Mesti dorang tak mau kan? Haha! Begitulah temuduga yg berjalan secara simple itu. 

Saya jalan kaki menuju ke KTM Midvalley. Sampai kat KL Sentral, terus dapatkan barang2 kat locker. Check message kat HP Digi yg tertinggal. Diy replied. Dia nak gerak ke UTP in no time. Peluang baik! Saya reply kat dia kata nak ikut gi UTP. Diy suruh berjumpa kat LRT Gombak pada mulanya. Saya beli ticket LRT. Kat escalator check file biru yang ada clearance form tu. Eh, mana file tu!! Gelabah, Anne gelabah! Terus lari turun tangga, cakap dgn security nak gi amek barang jap. Nasib baik lah brader yang jaga locker tu simpankan. Saya lari ke LRT. Masa tu dah tukar pakai seluar. Gila apa nak lari2 pakai skirt! Diy SMS lagi, tukar plan, tunggu kat LRT Wangsa Maju. 15 minit kemudian sampai lah kat LRT Wangsa Maju. Saya haus gila lari2. Kat kedai tepi LRT tu, dengan muka tak malu saya beli 2 botol Vitagen. Perisa Anggur dan Epal. Cari port nak minum. Haha! Bodo gak rasa masa ni.. Last2 saya minum kat tangga menuruni jejantas tempat tunggu bas dan taxi. Sedut laju2, takut orang nampak. Haa gila tak gila kerja musafir nih? Finally Diy kutip saya dan off we go to UTP. Sampai kat Batu Gajah, saya singgah beli tiket keretapi balik KL untuk malam tu. 

Kemudian kat UTP dah pukul 3.30pm mcm tu terus buat clearance kat Finance. Nasib baik tak ada masalah lagi. Kemudian saya jumpa Azik kat ACS dan amik form minta transkrip. Saya mintak tolong Azik hantarkan kat Security Office. Mereka suruh saya dapatkan clearance dari CoQ dulu. Okay! Saya pun lari2, buat clearance, patah balik dan berhenti kejap antara Tenis Court dengan Swimming Pool tu kan ada narrow walking space. Saya cucuk straw dalam botol Vitagen Anggur tu dan sedut2 sampai habis. TAK SENONOH kau ni Anne.. Tapi seriously, penat gila. Bukan sengaja pun tak puasa, memang tak bleh puasa. Sesudah sesi ngomong2 dengan Security, saya ke ATM pula untuk transfer duit ke UTP, payment for the transcript. Lari2 lagi, hantar borang yang Azik dah tolong isikan ke Exam Unit. Kemudian saya ke Registry untuk clearance, kakak tu dengan muka kerek penat puasa kot cakap, awak kena mintak clearance kat JPSP untuk scholarship ni. Ada, takde sponsor pun kena buat clearance. Jam menunjukkan 4.20pm. Kaunter tutup pukul 4.30pm. Gila nih! Saya pun lari2, lalu LH, Call Lab, blok2 lama tu then sampai2, kaunter JPSP pulak tutup. Kat pintu tulis BUSINESS HOUR: 800am to 500pm. TIPU! Benci tau! Last2 saya pun ke bilik Diy. Tidur sampailah Diy ready nak keluar pergi Bazar Ramadhan Seri Iskandar.

Rencananya, kami akan berbuka dengan Tom, Mira, bla3, kat Pondok depan UTP. Cantik juga plan tu. Sempat jumpa budak2 nih semua, hopefully. Kat Bazar, mata saya dan Diy cuma pandang makanan dan toleh kiri kanan je sebab stalls semua berada on both sides. Sekali sekala ada yang panggil, BUBBLE! Eh, Hai Addy.. Eh, hai Gak.. Eh.. hai Tom! Gila kan? Saya tak nampak manusia langsung. Mata memang tengok food and drinks je walaupun diri tak puasa. Ngeh ngeh.. Kami jalan sampai ke hujung satu lagi dan patah balik. Kami beli Taufu Fah, Murtabak, Nasi Lemak Ayam, Air teh Bunga dan LaiciKang. Kat pondok UTP, kami sampai dulu. Disusuli oleh Mira, Tom, Somy, Midah, Hajar, Gummy dan Mamu (kurang kenal tapi tau nama)..


Somy's missing
There you go!
Setting up the place
Wajah2 kekenyangan..

Kemudian saya balik ke bilik. Mandi. Saya cakap dengan Diy tak perlu susah2 hantar. Dah suruh kawan yang lain hantarkan kat KTM Batu Gajah. Lepak2 kat Mamak, then Nazmi kata baik u stay malam ni and settle kan clearance ni ONCE AND FOR ALL. Cheh.. Ni ayat rektor. Dia menganjeng. Terboek! Okay la. Finally ticket RM21 burn and I stayed at Diy's room. Gonna leave UTP early in the morning tomorrow!

August 14, 2010

23-7=16 Tahun

Hai! Puasa tak? Saya puasa tapi tak mandi lagi. Sekarang ni style mandi sehari sekali akibat orang renovate rumah dari semalam. Lagi 2,3 hari pasti berubah rumah 20x35 (kot) yang saya dan famili telah duduki selama 16 eFFing years! Kalau orang lain, maybe dah pindah rumah besar2 ikut kemampuan gaji orang tua. Memang kecik, tapi tak pe kut. Melainkan saya ada abang, adik lelaki yang besar2, tinggi2. Mesti dia rasa sesak.Tapi saya dan adik beradik, begini je lah selama 16 tahun. Tidur bertiga dalam sebuah bilik yang dah sempit dengan baju2 adik dan kakak yang banyak tapi dorang kurang tau/tak ada masa nak handle. Baju2 saya je yang saya tau nak cari dan simpan. Maybe collection baju saya sikit kot. Kalau dah tak suka baju tu, saya tinggal je kat UTP sebelum balik cuti sem. Kalau makcik cleaner nak amek, amek la. Dah tak heran.


Foyer dan tempat landing2 kucing lepas saya cuci lantai foyer.

Ruang tamu. Spot the cat!

Semalam sejak pukul 8.30 pagi, rumah saya dipecah2kan into pieces. Ehehh, takde la pieces sangat. Pecahkan dinding ruang tamu je, kasi luas sikit ruang santai kami. Nanti nak raya boleh bawa rombongan kawan2 dalam bilangan yang besar! Dan kalau ada adik saya ke kakak saya ke nak bertunang2, pun boleh lepas ni. Hmm, saya tanak bertunang2. Nak nikah terus. Woot2! Saya sangat terpesona melihat apek yang kurus dan berumur itu memecahkan dinding rumah dengan tukul berkepala besar itu. Mana dia dapat tenaga, kekuatan tu? Dia sangat kurus tau, and cute in someway. Anak kucing saya letak kat luar. Kesian mereka tak dapat keluar bermain2 selama rumah dalam pembikinan. Sangkar mereka pun saya dah buang satu, maka jadi sempit. Adik saya nak buang seekor mummy kucing dan kitty2 yang kurus dan kurang kami suka ke Setia Tropika. 

Tingkap di dining area dibuang dan diganti dengan tingkap baru yang tak sliding type. Kalau tanpa langsir, kelihatan macam kami duduk dalam jungle, sebab tepi rumah banyak pokok2 yang kami pernah tanam dulu. Semalam, saya pergi ke belakang rumah. Kawasan yang saya tak pergi tengok for years! Sejak kami tambah dapur agaknya. Saya tengok kawasan belakang rumah2 jiran yang kelihatan, dan saya terkenang zaman kanak2. Dulu saya ada besen biru lonjong besar! Saya suka mandi open space kat belakang tu dalam besen. Masa tu umur 7,8 tahun. Takde rasa malu lagi. Saya juga selalu tengok ex-jiran saya punya nenek mandikan cucu2 dia. Saya rasa agak bertuah berjiran dengan Indian sebab saya dapat tengok sendiri cara2 dia mandikan baby. Dengan kunyit, dengan letak jari kat mulut and goyang2 kan baby tu dengan hanya jari kt mulut baby tu. Susah nak bayangkan kat korang. Tapi saya masih ingat! Selain tu, pokok nangka kami pun dari dulu memang tak putus2 mengeluarkan buah. Tapi kami selalu je biarkan buah2 itu membusuk.

Hari ni apek2 dan mas dari indonesia tu akan pasang tiles pula. Selama ni kami pakai tikar getah je. Dah bosan agaknya dengan tikar getah yang asyik terkoyak apabila kami mengalihkan perabot, akhirnya kami dapat merasa rumah yang ada jubin2. Kami pilih warna putih sebab nak bagi rumah terang. Jubin dapur pula kasar sedikit tapi warna kuning kecoklatan. Lepas ni puaslah saya, kakak dan adik kena cat rumah. Ibu saya mencadangkan ruang bawah tangga dijadikan tempat gantung baju. Maklumlah, kan tadi saya dah cakap, rumah ni semua perempuan yang duduk. Baju berlambak2 tak hingat! Maybe itu cadangan terbaik! Semalam, last job yang mereka buat adalah menyimen semula kawasan2 yang nak dipasang tiles. Mereka letak papan2 untuk kami lalui supaya tak terpijak simen basah tu. Tapi, tak sampai beberapa minit lepas mereka balik, kucing kucing kucing saya dah buat WALK OF FAME mereka masing2. Choy! Ye, memang cantik paws korang kucing2ku!

Selama yang saya ingat, tak ramai pun kawan2 saya pernah datang rumah saya. Ain, Saidah, a few SIGS friends, Amin, Epul and friends. Azik, Mal, Hadi dan Pudin pernah datang ambil saya je kalau saya keluar2 dengan dorang. Saya segan sikit, mungkin. Rumah mereka besar2. Rumah saya kecik je. Kalau ada kawan2 yang ingat saya ni dari kalangan yang hidup senang, awak salah. Saya biasa2 je. Jangan expect saya dari keluarga berharta cz I am not. Tapi kalau korang nak datang beraya tahun ni, datanglah! Saya pandai buat air tau! Sebab tu memasak, kureng sikit skill dia. Memang kat rumah ni, saya tukang buat air. Air teh, milo, nescafe o, cordial. Memang saya rajin buat, asalkan ada orang minum sampai habis. Hehee..

Sekarang ni takde gambar lagi. Tunggu rumah dah siap cat, perabot dah nice, baru lah ada gambar2 ye. Latest by Aidilfitri. Emm semalam ibu dan kakak cuba memberitahu jiran baru sebelah rumah yang kami akan guna space dia sikit. Hari tu dia sangat ramah dengan saya. Tapi semalam, masa ibu cakap ngn dia, sikit pun tak toleh. Jeling2 siap. Babi punya jiran Singapore! (Maaf mencarut, tak boleh tolerate dengan orang mcm ni) Ko hingat duduk sini tak de bising2 ke? Adalah! Mane2 kejiranan pun ada bising2 bongok tau! Okay! Siapa2 yang nak bagi kad raya, boleh hantar message kat Facebook saya and minta alamat okay? Tata! Nak tulis entri backdated lain. 

XoXo

August 13, 2010

Aunty dan Kucing Kucing

Hari ni, ketika saya busy menjadi mandur semasa orang buat rumah, saya didatangi 3 orang anak2 kecil. 2 lelaki, 1 perempuan (paling kecik). Saya letakkan kucing2 di luar sebab tak nak air, makanan mereka kena habuk2. Masa tu, saya nak buang taik kucing dalam pasir dia tu. Nasib baik budak2 tu sampai lepas dah selesai buat kerja pencacai. Kalau tak, kitty2 pun tak nak buat gaya bersantai dalam pasir tu. Kotor. Okay, nama budak2 tu: Putri Liyana, Irfan dan Shamil kot. Shamil or something, tak faham dia cakap apa sebab gigi dia rongak kat depan! Hohoo


Si tiga kaler - Tiger's (#1) dan Tiger ibunya yang dah beranak banyak kali.


Si Ibu susuan bernama Bubu. Dari kiri: #2#3 atau tuneng, #4, #5(dah mati), #6(Jacob) ,#7. 2, 3, 7 - Tiger's. 4, 5, 6 Bubu's.
#8 - Tiger's. Nice spot bebeh!
Abang Boboy yang gedik dan #9 - Bubu's

***


Shamil: Kakak, kakak! Cantiknya kucing kakak. Comel!

Apek buat rumah terdengar perbualan kami, dia menyampuk

Apek: Haa, itu satu RM200!

Saya: (Tergelak, dapat idea) Ha ah dik. Satu RM200. Kalau korang nak beli, boleh booking dulu. Nanti lepas raya, dah kumpul duit raya semua, korang datang balik beli kat kakak eh?

Mereka semua terdiam sekejap.

Shamil: Ha takpe. Mak kite buat bisnes. Nanti dia dapat duit, kite nak beli kucing ni. Kite nak yang ni tau akak. (Tunjuk #4)

Putri Liyana: Aunty, Aunty

Monolog dalaman: OMG! Budak kecik nak kena lempang ke panggil Aunty!!!

Saya: Ye dik (Sambil buat muke tak puas hati. Tapi die tau apa je kan?)

Putri Liyana: Yang tu apa aunty? (Tunjuk pasir kucing)

Saya: Oh, tu pasir kucing. Tempat dia berak2, kencing2. Tapi awak tak boleh berak dan kencing dalam ni tau.. (Aku gelak, apasal dorang tak gelak!! Tak kelakar ke?)

Irfan: Kite nak kucing ni (#3 a.k.a Tuneng)! Yang kaler pokey (ke hape tah, sebenarnya dia nak sebut oren)

Saya: Oh, cuba tengok mata dia. Cantik kan? Biru2..

Shamil: Eh aku pun nak kucing ni la, Irfan!

Irfan: Mana boleh! Aku dah chop dulu..

Putri Liyana: Mak dia mana? Bapak dia mana?

Saya: Bapak dia dah hilang, (tau buntingkan kucing betina aku je) mak dia ada dua. Mana ek? (Sambil cari2 Bubu dan Tiger)

Putri Liyana: Yang tu bapak dia kan? (Tunjuk kat Boboy)

Saya: Tak lah. Tu abang dia. Abang dia sayang adik2 dia. (Saya tukar topik) Korang adik beradik ke?

Shamil: Bukan!

(Tiba2 Irfan cuba berbisik dengan Shamil. Dia bisik kuat, aku dengar kot! Dia cuba pujuk Shamil bagi tau saya yang mereka memang adik beradik)

Irfan: Hey.. cakap ngan kakak ni kite adik beradik la.. (Cakap bisik2)

Shamil: Eh ktorang adik beradik. Ada tiga je ni. Yang kecik tu Putri Liyana, ni Irfan.

Monolog dalaman: Yelah tu. Shamil muka lain sangat!

Tiba2 ada seorang budak lelaki lalu kat lorong tu. Pendek, kecik. Surprisingly, dia pakai seluar hijau tua sekolah menengah tu. Lepas budak tu blah.

Saya: Kecik nya dia!

Shamil: Nama dia Kiki. Kawan Abang kite

Monolog dalaman: Eh, tadi 3 beradik. 4 pulak yer? Budak budak.. budak budak..

Putri Liyana: AUNTY! Bapak kucing tu mana? (Tanye lagi..)

Shamil: Eh, jangan panggil dia Aunty. Aku tau dia kakak. Panggil dia kakak..

Putri Liyana: Aunty! Tu eh Bapak dia? (Sekali lagi tunjuk kan Boboy)

Monolog dalaman: Adoi, tanya lagi? Aunty lagi? Tanya la Burung Murai banyak2 kali. Confirm aku layankan.. Haha

Tiba2 Mak Cah (jiran sebelah kiri rumah) lalu.

Putri Liyana: Nenek! Nenek suke kucing jugak?

Saya tergelak sorang2. Nenek?? Pandai betul budak ni. Tapi memang Mak Cah dah ada cucu pun.. Tapi Mak Cah berlalu saje. Tak layan budak tu.

Irfan: Kakak, kucing ni nama apa semua?

Saya: Belum ada nama sangat. Satu je ada nama. Yang kelabu tu. (#6 dalam gambar) Tu nama dia Jacob. (Jacob sebab dia paling besar antara kittens tu. And his eyes look like a wolf. Auwww)

Shamil: Kite nak namakan kucing kite nanti Shamin la. Tu nama adik kite..

Aku gelak sorang2 lagi. Teringat masa kecik, adik aku suka sangat nak namakan kucing Tina Pimpin. Wadde

Irfan: Lekeb.. Lekeb 

Suddenly semua kucing pun dia panggil Jacob versi pelat. Lekeb.. Gelaklah aku!

Begitulah kisah saya melayan anak2 jiran jalan belakang rumah. Ayayay. Harap korang terhibur!

August 12, 2010

Kawan2 Baru Dan Lama

Actually post ni bukan pasal kawan2. Tapi pasal my recent trip to Klang Valley. Last Thursday, setelah tangguh berhari2 untuk ke Klang Valley, akhirnya saya nekad pergi ke sana. Rindu tau adik2 yg tengah intern tu especially Naila, Is, Ed, Waktang, dan Jan07 lain2 yg saya kenali. Setelah kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, angkat baju, packing bag, bagi makan minum kucing, saya pun keluar. Mula2 rasa nak tunggu kat TUTA Bus Terminal je. Tapi panas sangat. So mintak number taxi JB kat Kabin. Taxi datang and saya pun ke Stesyen Bas Sri Skudai. Mula2 pergi kat Konsortium punya kaunter. Tapi dorang kata lambat lagi bas sampai. So ada brader Ulat Tiket ni suggest bus kat booth dia. Saya pun terkedek2 pergi, percaya seratus peratus bas akan sampai 5 minit lagi. Dan akan sampai KL before 6pm. Rupa2nya, kat Negeri Sembilan, sebangunnya saya dari tidur, driver buat pertukaran. Passengers yang nak ke Klang and Shah Alam naik bas kat depan, KL stay. And ada passengers dari bas depan naik bas itu. Seorang uncle from India duduk sebelah saya. Macamlah takde seat lain. Ishh.. Kemudian kat exit Seremban, boleh pulak bas ni keluar and masuk Seremban town. Dalam hati dah menyumpah2, uncle India kat sebelah ni berbual in English tapi kuat2. Annoying. Kerana geram dan tak tau nak cakap kat siapa, saya call Is yang dah habis office hour but still in the office. Saya cakap kat dia, "Driver ni ingat I nak sangat ke gi kampung u?" (Macam kasar eh, sorry Is) Lepas tu saya merepek kat dia "I tinggalkan Boboy kat JB sebab I nak jumpa Boy kat KL" Euww, apa2tah line aku masa tu. Bas berhenti di Terminal 1 and sesiapa yang nak turun di situ, dipersilakan. Kemudian bas meneruskan perjalanan ke KL. Saya sampai Bukit Jalil pukul 7pm something, terus naik LRT ke Bandar Tasik Selatan and tukar naik komuter sampai Kepong Sentral. And finally sampai rumah.

* * *

Esoknya, Friday saya bangun pagi2 sebab dah janji dengan adik2 yg intern nak join mereka Friday @ McD. Saya travel ke Kepong Sentral naik taxi, then terus dapat komuter ke KL Sentral. Then naik LRT to KLCC. Sampai sana just on time, 1230pm! Tried to hide myself so much sebab tu kan kawasan panas. The Second UTP. Malaslah nak jawab kalau dorang tanye dah kerja ke belum, dah kawen ke belum, eh opps..! Terus saya ke Signature dan cari seat, saya tunggu beberapa minit je before dapat seat. Dah la masa tu orang memang tengah ramai! SMS saya ke Is tidak berbalas. Tiba2 Ed call, mereka tengah mencari saya. Sejurus selepas itu, saya pun bertemu mereka semula selepas 2 bulan tak jumpa. Saya pun ajak Naila jugak. Naila bawa Ai (atau Farah wakenabeb!) Jayzee dan siapa2 lagi la girlfriends dia. Waktang sibuk memeriksa perut saya yang semakin hebat ni! Damn.. Berbual2, Is Waktang dan Ed pergi meninggalkan kami untuk sembahyang Jumaat. Saya berbual2 dengan Naila dan Ai. Terfikir untuk pergi ke iCity Shah Alam yang digembargemburkan tu. Kemudian, masa rehat tamat. Saya ada plan lain dengan Wawan. To Camp 5 and climb. Saya bagitahu Wawan yang saya tak bawa pakaian untuk climb. Tapi dia bersungguh nak pick me up kat OU then gi Prima D amik baju then to OU and climb. Demi tak nak susahkan dia, saya tambah lagi, "Lagipun i tak bajet duit untuk climb" Dia pun okay kan je lah. Saya naik LRT ke KL Sentral semula. Then tunggu kat area bas untuk bas U82 ke Bandar Utama. Pusing2 sampai saya tertidur. Sedar2 je dah sampai Tropicana City. Terus Makcik di sebelah cari peluang berbual dengan saya. Kami berbual, sampai saya bagitahu Makcik tu, ini perhentian Makcik Yam. Okay, Selamat Tinggal. Saya berbual sampai Wawan call pun tak jawab. Hehee.. Pukul 4pm saya sampai OU. Saya jalan2 tapi Wawan senyap. Dah sejam tunggu dia baru message dia. Dah sampai pun. Penatnye tunggu sejam tau. Kat Camp 5, saya nampak Rauf, Hakim, Danial. Tambah kejutan lagi, saya jumpa Zul, girlfriend dan Alin! OMG! Lama gila tak jumpa Alin tu. Mula2 saya segan2 dengan Wawan sebab before ni memang pernah jumpa. Tapi tak pernah berbual2 panjang. Lepas saya drop comment kat wall dia "happy belated birthday" barulah kami create a conversation. Climb, makan kat Mosin, jalan2, last2 dia masuk kerja lambat. Sorry okay!

* * *

Sabtu, saya bangun sepagi2nya. Seawal jam 6 pagi sebab saya nak pergi ke Lawing Falls with Kembara. Dah mandi. Tiba masa packing barang, saya check2, bra extra tak ada. Damn! Merajuk, menangis sikit then saya SMS uruq kata tak dapat join. Haih.. So masa tu berharap dapat keluar dengan Is dan Naila malam nanti. Petangnya, Is berjaya buat plan dengan saya dan Naila Lala. Naila akan datang Prima D around 8 and Is akan datang ambil kami kat situ. Tapi Is lambat. Kami terpaksa batalkan plan tengok wayang. Kami terus pergi iCity yang macam best tu. Naila fooled me masa Is tengah sibuk isi minyak kereta. Ada kucing bergantung2 kat cermin pndg blkg tu. Naila tanya apa jantina dia? So saya jawab berdasarkan kehenseman wajah toy itu, Jantan nih! Naila menafikan jawapan saya. Alasan, sebab ada bunga kat badan kucing tu, plus dia ada handbag. WTF! Wakenabeb! Naila Naila.. Is drive kereta macam orang gila. Kadang2 saya tutup mata, tak sanggup tengok jalan dah. Bila dah nak sampai iCity, saya nampak Jakel Shah Alam yang baru buka tu! Besar lah jugak. Sebesar2 perut Iskandar har har har! Kereta2 memang sangat banyak nak pergi ke iCity tu. Kena bayar RM10 for parking. Boleh kaya kan mereka? Masa nak keluar kereta, I hurt myself. Jari terkena besi purse. Berdarah! Nasib baik Edward Cullen si Pupu ni tak menyinga.. Kami jalan2 kat iCity, sedikit boring sebab tak bawa kamera. Saya dah berpeluh2, Is.. laaaagilahh! Naila suka tengok manusia2 pose depan lampu lampi tu.. Kami habiskan masa 40minit kat situ. Kemudian Is suruh buat pilihan, movie atau makan? Saya pilih makan. Movie tu, bila2 pun boleh, bila2 pun boleh download jugak kan. I agreed with him nak ikut pergi Andalus jumpa Troy dan Kechik. Naila.. She couldnt made up her mind. Abang Is yang baik hati ni ambil adik dia kat Mamak Restoran Syed kot. Adik dia yg bernama Wan if I'm not mistaken. Kami singgah kencing mengencing di McD 24Hr berdekatan dan barulah bertolak ke KL. Saya dan Naila sibuk main Spot the Difference kat iPhone dia. Is driving je macam seorang bapak yang sedang cuba buat anak2 gembira. Hoh! Last2 sampai kat Andalus. Manusia sangat ramai, nasib baik Troy dan Kecik dah dapat kan table dulu. Troy memerli2 perut cantek saya. Eleh, macam la dia punye nice. Hehe.. Saya order Lamb Kebab dan Barbican Peach. Air sampai cepat. Makanan, setengah jam lebih kot tunggu! Mata saya sangat galak tengok awek2. Dah la ada 4,5 budak SIGS saya nampak kat situ. Tapi malas nak tegur. Segan! Pukul berapa tah, 1 lebih kot baru lah kami blah dari situ dan balik. Is drive terus ke Prima D, Naila amik kereta dia dan pulang, dan saya pun pulang. Saya gembira sangat dilayan bagai tourist yg tak pernah datang KL. Thank you adik beradik giloo.. Is & Cik Qistina!

* * *

Ahad pula, saya tak buat apa2 sangat. Petangnya saya google Cool Blog area KL, Selangor. Kat Kepong ada! Maka untuk pertama kalinya saya ke Carrefour Kepong dan mendapatkan Cool Blog Honey Dew Milk Tea with Bubbles! Kemudian saya ke Jusco Metro Prima Kepong untuk pertama kali jugak. Saya beli seluar kelabu kat Ti:Zed RM40. Cantik. Then saya beli tiket wayang cerita Salt 10.30pm. Ada lagi sejam lebih sebelum tayangan, saya jalan2 lagi kat Jusco. Saya nak beli deodoran baru, tapi tak tau mana yang best. Dalam kepala cuma ada Deodoran baru dari Bodyshop tu je. Yg boleh refill2. Saya beli kad raya. Saya juga try baju kebaya RM39 kat situ. Cantik! Siapa nak sumbangkan baju kebaya pertama saya? Hehee.. Kemudian saya tengok cite Salt dan balik makan kerang rebus dan tidur...

* * *

Isnin, kerja gila day! Friend, Maybank, UTP, unsettled financial issues. Then malam gi cari Cool Blog lagi, perisa coklat, makan kat Old Town, then balik tidur. Untuk beberapa malam sebelumnya, saya asyik mendengar semula lagu Stay yang pernah saya minat dulu. Dulu saya loop banyak2 kali video dia sebab saya suka sama itu perempuan yang menyanyi. Tak sangka pula sekarang saya berkawan dengan salah seorang dari mereka.

* * *

Last day! Packing baju2. Meninggalkan Prima D at 6pm dengan bantuan kawan di blok satu lagi. Ke Hentian Putra (Bajet ada Maraliner ke JB, tapi tak de. Damn it, membazir parking fees RM3). Kemudian ke Bukit Jalil. Balik. Sampai JB at 12.30am!

August 9, 2010

ROFLcopter

Hey awak,

Tak pernah terlintas dalam fikiran yang awak ni kelakar gila.

Awak gila!

You always make me ROFLcopter, ALWAYS!

August 2, 2010

Pengaruh Siaran TV Singapura

Kat JB, saya dapat siaran singapore. So bila duduk rumah sorang2 tu saya menonton la Suria, layan drama2 dia. Then ada sorang pelakon lelaki yang agak baru nih. Muka dia kan, ALAMAK! Sikit punya nak sama dengan muka Ihsan dowh! Tapi si Ashmi ni hensem dan tua sikit. Nama sama lima huruf.. But still.. Muka dia kan remind me of someone..

BTW, saya kat CC. Tadi molest-er yang molest saya last Friday ada kat CC ni. Tapi saya tak dapat berbuat apa2. Tak nak lah buat scene kat sini. Kan? Takpe, aku dah ingat muka kau budak pendek! Ada satu benda yang saya masih ragui.. Masa saya rasa dia sentuh my booty, dia sentuh pakai tangan atau penis? Sebab bila toleh kat belakang dia tengah pegang seluar. Hurmm Hurmm..

August 1, 2010

August Rush

August now.
I still haven't land a job.
Many online applications submitted, Various job position applied.
Still, there's no sign.
Tried to find the ones in JB and applied, none of them viewed my resume.
Is it because I am a fresh graduate with 6 months working experience in HR?
Is it because there's something wrong with the info I wrote?


August now.
Next, September.
I am turning 23. Fuckety-fuckety 23 years old!
Please don't find me on my birthday, for I had never celebrated my birthday like others. With flour, eggs, party.
I am still finding my new guy,
who can cheer me up all the time,
who will accept me the way I am,
and just love me with all his white heart.


August now.
It's supposed to be the month of their wedding anniversary.
But, it doesn't matter anymore.
I love them forever anyway!




P/S: August Rush is a nice movie. Find it, download it, watch it.

July 29, 2010

Like and Love

I like to eat rice biscuits, you too!

I love living alone in the two-person hostel room, you too!

I like blue color, you too!

I enjoy making jokes, you too!

I adore cuteness, you too!

I love cats, you too!

I like to hang out with you, don't you?

I kinda like you, don't you?

But there are lots of gaps between us. So just let me be your friend.

July 14, 2010

Tok Melah dan Kerabat Batu Pahat

Achtung: Entri ini tidak berunsur 18 tahun ke atas


Atok perempuan sebelah Batu Pahat a.k.a Mak kepada Ibu saya a.k.a Tok Melah telah tinggal di rumah saya selama 2 minggu. Pada hari kedua saya di JB sejak kepulangan saya ke tanah air sendiri, Ibu mengambil Tok Melah dari Mak Odah. Alaa, dekat je rumah kami. Selama Tok Melah berada di Jalan Hang Tuah, rumah saya semakin bersih. Atok tak boleh duduk diam. Dia mesti buat kerja. Kalau tak, dia rasa gelisah resah. Haha! 

Emm, sebelum terlupa nak mention, saya telah kembali ke JB sejak 4 Julai 2010. Saya menaiki keretapi Senandung Malam Express KL-S'pore pada 10.30pm 3 Julai dan tiba pada pukul 6am keesokan paginya. Saya telah membeli tiket Kelas Superior Malam yang ada tilam tu. Selesa juga tau! RM39 harga tiket tu. Semasa kakitangan KTMB check ticket kami, mereka panggil saya "Limabelas, tiket!" Sebab number tempat tidur saya tu 15. Nasib baik tak nyanyi lagu, 15 tu bila dia panggil saya mcm tu. Haha! Kemudian ada couple Chinese ni kena marah dengan kakitangan tu sebab ambil tempat orang. Bodoh ke apa? Tak reti baca number sendiri kah? Kalau nak main pun bukan dalam train la bodoooo~! Okay, sepanjang perjalanan saya tidur tetapi kerap terjaga sebab takut terlepas perhentian, iaitu di Kempas. Setibanya di Kempas, saya diambil oleh Kabin dan Ibu. Lalu rumah lama kami lagi di Kempas, kangen..

Berbalik kepada cerita Tok Melah dan JB. Pada malam kedua, saya memulakan operasi unpacking barang2. Kabin dan Memek juga turut menyertai operasi itu sebab bilik tu memang bersepah dah. Mereka takde masa kut nak kemas, busy kerja, dating segala. Hehee.. Nasib baik la N-gel ni balik. Kalau tak, masih bersepah bilik tu sampai sekarang. Mak Odah kerap datang rumah kami, bawa sepupu kami Dayah tu. Dayah pula dah dua kali ponteng sekolah sebab ikut kami berjalan2 bila Kabin atau Memek cuti. Saya juga puas makan durian free Mak Odah. Weehuu! 

Dapur kami yang dulunya jarang sangat berasap, selain asap/wap air dari kettle mendidih, kini semakin berasap tiap2 hari. Semua sebab ada Tok Melah. Atok rajin masak! Tapi malangnya, saya adik beradik ni bukan kaki makan. Kadang2 terbazir juga lauk pauk yang dia masak susah payah tu. Lupa lagi nak mention, hari pertama di JB, saya sudah kesuweyan. Sebab apa tau, sebab saya terkunci di luar rumah. Ya Ampun! Maklumlah, pintu baru tu ada problem sikit. Lock dia ada masalah. Masa tu saya dah nak keluar dengan Azik jumpa Tasha dan Dzul kat Aeon Tebrau. Handphone kat dalam, kunci kat dalam rumah. Camno? Setengah jam, saya tak mampu buat apa2. Tiba2, Light Bulb!

Nampak kayu panjang! Paku! Nice~ Nasib baik tangan saya mampu menyelit dan membuka daun tingkap itu dari luar. Saya buka luas2 tingkap tu. Saya ketuk2 paku ke suatu hujung kayu panjang itu. Kemudian saya cuba capai handphone saya di dalam. Dengan penuh berhati2, saya berjaya dowh! Kemudian saya cuba capai kunci2 yang berada di tepi kabinet TV. Kunci terjatuh ke lantai. Jangan panik pembaca2 ku! Ni Nabbiha Riza lah. Otak banyak geliga! Saya pun mencuba memasukkan paku itu ke dalam keychain kunci tersebut. Tak boleh. Saya tarik semula kayu itu keluar. Rupanya paku dah tertanggal. Saya cari lagi paku lain yang lebih meyakinkan. Jolok2 lagi, dan.. BERJAYA! Saya cuba buka pintu cepat2 dengan kunci2 yang ada. Agak lama tau mencuba, siap sampai call Kabin lagi. Kabin kata adalah teknik2 nak membuka pintu baru tu. Okay, hampir give up. Dah la pakai baju tidur nih, panas! Saya cuba lagi sambil baca Bismillah. Tataaaam! Terbuka pun akhirnya. Segera saya mandi. Segera saya pakai baju apa segala. Segera saya naik kereta Azik dan menuju ke Aeon Tebrau sebelum Sha dan Dzul berangkat ke KL.

Ahad lepas, saya mandikan kucing2 saya. Nak dijadikan cerita sengal, saya mandikan kucing2 tu kat luar. Pakai host yang ada nozzle tu kan. Tengah sibuk2 bersihkan tempat kucing tu, saya picit la nozzle tu tanpa perasan ia menuju ke arah muka saya. Spuuurrrrs! Tottenham Hotspur! Hehee.. Air pun terpancut ke muka saya. Saya kebasahan.. Tak pasal2 saya mandi dulu before kucing tu. Najjia yang tengah bersihkan bekas makanan kucing tu pun gelak2 kan saya. Kelakar tak? 

Saya penat nak taip. Nantilah saya sambung lagi. Oh currently, saya ada postmodem depression tau. Streamyx TOS. Choy! Rindu semua orang. Selamat menyambut Ramadhan!