Custom Search

July 1, 2010

Leaving KV for JB Soon!

Seribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
Kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup
Ku masih merindukannya



Apakah ku amat berarti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi, ku sendiri

Tajuk lagu di atas ialah Menerima Kau Pergi. Dinyanyikan oleh gadis comel yang sama tarikh birthday dengan saya, Acha Setiaprasa eh Septriasa dan Irwansyah. Lagu ni tak pernah keluar kat corong radio dari Malaysia sebab ni OST dari sinetron kat Indonesia, Andai Ku Tahu. Lagu ni dah bertahun2 juga lah saya tahu dan setiap kali dengar lagu ni, saya mesti rasa sayu. Paling teruk sampai menangis teresak2 sebab terkenang2 peristiwa lalu yang tak sepatutnya dikenang. Choyy!

Okay, saya actually kat KL Sentral sorang2 ni. Tengah online pakai KTMB 1st Class Lounge wifi. Laju! So tadi baru selesai download episod2 best dari Spontan. Baru juga beli tiket keretapi pulang ke JB sabtu ni. Yeay! And saya baru sahaja membenci dan memberi kata2 akhir kat Al-polan sebab dia lelaki yang tak faham bahasa. Eeee geram okay cakap dengan orang mcm dia. Battery lappy pun tinggal 5%. I gtg! Cari lagu di atas kat 4shared okay. Layannnnn

June 26, 2010

Benci Prima D!

Balasan kepada post Naila baru2 ni: Okay2, kita janji kita balik JB minggu depan. Kita stay kat JB saaaampailah convo nanti. Gambar kita berdua comel, terima kasih upload kat blog awak. Wah, terharu!

Dah sebulan lebih saya terperap tanpa pekerjaan di pinggir Damansara ni. Saya dah boring bila kawan2 ajak keluar/tengok bola kat area KL, dan mereka tak boleh kutip saya kat rumah ni. Sebab rumah saya ni bapaklah jauh dari kota. Walaupun tepi jalan besar, saya fahamlah kalau kawan2 tak sudi nak ambil saya kat sini.

Saya lagi suka duduk rumah kat JKL tu sebab depan rumah banyak sangat bas ke KL terus. Dah la dekat je dgn KL Sentral, pusat segala pengangkutan awam. Ada lah enam bas semuanya yang lalu depan rumah kat Sri Jati tu. 

Satu lagi problem saya.. Kawan dah sudi nak ambil saya kat Prima D ni. Tapi saya cakap, "Eh takpelah. Jangan susah. I cuba keluar sendiri juga. Bukan tak ada public transport kat sini. Ada, tapi dia stop kat Chow Kit Road? Hah? Kat celah mana tu Chow Kit Road? (Fine, tau lah tu lagu Arwah Sudirman)"

Ada juga sebab lain saya mengelak nak keluar. Iaitu apabila boyfriend perempuan lain ajak keluar. And bila tanya, pukul berapa nak keluar? Dia jawab, lepas tengah malam. Sniff2. Okay, ada niat kurang baik kut. Saya pun pura2 tertidur bila dorang call bagitau dah nak keluar dari rumah. Hehee.. Tindakan bijak atau menyusahkan orang saya tak kira. Janji tak keluar dgn teman lelaki orang. Dah penat dgn pengalaman lalu.

So lepas ni saya tak nak duduk sini lagi. Minta maaf kat penghuni Prima D. Saya cuma tak suka kejauhan kawasan ini dari kota. Saya nak duduk JB. Bergembira dengan keluarga tersayang. Mungkin ibu bapa saya akan jumpa jalan untuk bersatu lagi. (mood sedih balik). 

Ciao!

May 21, 2010

saye pilih N utk nabibha?

Ada 30 N yang kita cari.. NNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN !! Nasib baik formspring ni tak berbunyi. Annoying la bunyi tu Encik Alexander =D

P/S: Salah eja nama kite lah. Adoi Cik Mek Molek. HAHAHH!

Undang-undang Siber Dan Perniagaan

Date: 21st May 2010
Time: 9:00am - 12:00pm
Venue: Main Hall
Subject: Business & Cyberlaw
Acknowledgements: Dr Suziah, Fader, Abib, Jedi, Akmal, Daus, Bot, Syadia, Intan, dll.




Thank you everyone! You all will be missed =)




May 19, 2010

cepat ngaku, lessi or not?! hoohhhohoho

straight, tapi condong 30 darjah ke arah lessi. tapi tengah cuba tegakkan balik, setegak2 Eiffel Tower! hehe

May 9, 2010

A Dedication To A Dedicated Woman of My Life



Dear Ibu,

Hari ini adalah hari ibu. Kalau ikut US, Ahad kedua dalam bulan May itu menandakan sambutan Mother's Day. Kalau kat Indonesia pula, 22 Disember. Walaupun ada negara hari sambutannya lain2, tapi tujuannya tetap sama iaitu hari untuk menunjukkan apresiasi terhadap insan yang melahirkan kita di dunia ni.

Ibu dah wish Tok Melah? Jangan lupa wish dia tau, bu. Ibu, N tau banyak sangat pengorbanan ibu dari dulu sampai sekarang. Dah lah N tak keluar dari perut pada 31 Ogos 1987 tu. Ibu cerita, masa tu Ibu berharap sangat dapat kek merdeka-baby kalau N lahir pada tarikh bersejarah Malaysia tu. Tapi N tak keluar jugak. Pukul 7am keesokan hari tu barulah N keluar dari perut Ibu. Sakit tak bu masa lahirkan N? N berat kot, 3.3kg. Hihi. Kemudian dari lahirkan N, susukan N, jaga makan minum pakai N, ibu jaga semuanya lah.

Masa N tadika sampai darjah 1 Ibu bekerja sebagai nurse.Ibu kerja kat klinik Asia dgn TML. Then, darjah 2, Ibu berhenti kerja. Lepas Ibu stop kerja tu lah prestasi kat kelas N merudum. Ibu ambil upah jahit baju, dan jaga baby. Seingat N, ibu jaga Erin dan dua adik beradik comel, Kak Ida dan Zharif. Dari dapat best student Darjah 1 kat SKTTA1, lepas tu tak dapat apa2 penganugerahan lagi. Still, N berjaya dapatkan 5A dalam UPSR untuk Ibu. Then N masuk SIGS sebab ikut Kakbin. PMR N tak memuaskan hati, tapi SPM pun so-so lah.

N pun berjaya masuk UTP seawal usia 17 tahun lagi (sebab masa tu belum birthday, consider 17). Ibu gembira, semua happy! Bila N start masuk UTP, Ibu pun start kerja kat Jakel JB sebagai konsultan langsir. Sampailah sekarang, Ibu naik pangkat, boss suka kerja ibu, customer pun suka deal dgn Ibu. Rezeki Ibu pun bertambah2 kat situ sampai Ibu mampu beli Rabbit Putih (Myvi) dan drive pergi balik kerja. Ibu terpaksa beli kereta pun lepas insiden Ibu kena ragut sampai Ibu luka2, sampai sekarang ada bekas2 tersagat kat jalan tu lagi. Kesian Ibu.

Sekarang ni, N cuba habiskan belajar kat UTP ni supaya lepas ni boleh tolong ibu dan family. N tau Ibu selalu bagitau kawan2 ibu N ni belajar kat UTP (bla3). I know you're proud of me. Ibu, N harap Ibu cekal dalam apa2 masalah yang Ibu harungi, biarpun masalah tu nampak macam takkan ada penyelesaian. Ibu kena banyak sabar, jangan cakap bukan2 bila ianya tak betul. Ibu kena pandai kawal perasaan, perkataan dan kena bijak jaga hati orang walaupun orang tak selalunya jaga hati kite. 
To Ibu, Selamat Hari Ibu. Semoga segalanya okay2 je kat sana =)


May 7, 2010

Masak2 dan Makan Malam-lah-sangat

050510
Last Wednesday, after my very last class as a UG in UTP, I went to see my ex-roomate at her room in V5. Saja je nak jenguk2 Diy since dia tak ada kat gtalk. Susah nak mengesan dia. *Sniff2* Kebetulan ada cerita Adamaya kan, layan lah sekejap. Diy cakap nak gi Pasar Malam dengan Tom. Saya pun gedik nak ikut. Then, *knock2* Bella datang pula with a mag in her hand. Bella menceritakan kisah2 sedih dia kat kami orang. Diy yang lebih arif dengan masalah itu pun cuba sedaya upaya menasihati Bella supaya tabah menghadapi kisah dukanya itu. Cheh2.. Sedih tak Bella? Kemudian kami ajak Bella join ke Pasar Malam juga.

Pukul 8pm, kami bergerak ke pasar malam. Saya beli tongkeng ayam, ayam percik (ayam lagi) dengan taufu fah (wajib beli). Tongkeng ayam tak habis sebab dah muak dengan bau taik ayam yg melekat. Haha! Then kami singgah kat kedai yang jual barang2 kecantikan. Boleh pula sorang minah ni melatah sebab baju dia tersangkut kat tiang "Pantat mak aku, Pantat mak aku" Adui. Kenapa? Kenapa mcm tu sekali kau melatah weh? Saya dan Bella dah gelak2 on her face, yeah! Tom dan Diy sibuk beli barang2 nak memasak esok. Beli kangkung, ikan kembung, ikan sepat masin, ikan bilis dan bahan2 menumis. Kami juga beli earrings dan Diy beli gelang tangan. Kami singgah di Haleeda. Saya beli Coco Pop dan susu segar for breakfast, kemudian balik. Saya tidur bilik Diy malam tu, siap bawa laptop sebab yelah, wa takde life woo without the laptop. Masa malam tu jugalah baru perasan FORMSPRING.ME saya dah ada orang drop soalan. Starting 050510, dengan rasminya, saya adalah penunggu soalan2 untuk dijawab kat formspring. Haha! Bella hantar comforter dgn bantal and around 1am barulah saya tidur. 

060510
Esok harinya saya ada breakfast date. Dengan Diy lah, siapa lagi. Sebangunnya saya pada pukul 8 lebih, saya terus mandi2 dan kami berdua pun ke Nasi Lemak Perak tepi traffic light sebelah Shell Tronoh tu. Kami order roti canai dan telur separuh masak. Bajet healthy kan makan breakfast! Then Diy hantar saya balik, dan Diy ke office dia. Saya cakap "Kalau nak masak nanti bagitau okay?". Jam pun berlalu, malam pun berlabuh, jam melepasi pukul 8, 9, 10, 11, 12. 

070510
Dah kira Jumaat (7 May) dah ni. 1215am, Bella called bagitau dorang tengah masak2 kat rumah Tom. Saya pun bergegas ke sana, dan Alhamdulillah makanan dah tersedia tinggal makan je! Hehe. Sebab layan Winter Sonata dan layan bf kat gtalk, saya tidak membantu mereka masak. Lalu saya kena denda basuh pinggan. Kih3, small matter bebehs! Ada kangkung masak air,  ikan bilis goreng bodo yg rangup lagi sedap, ikan kembung sambal, dan ikan sepat masin. Wah! Sedap gila. Tunggu Tom siap bancuh air teh o limau ice, apabila makanan dah terhidang dalam pinggan depan mata amat menyeksakan saya, Diy dan Bella sungguh! Kami cakap "CEPATLAH TOM, lapar ni!!" Haha!

Saya tambah nasi sekali weh, kejayaan yang dikagumi Diy dan Bella. Yelah, sedap kut. Kalau makan nasi dengan ikan sepat tu je pun dah cukup terbaik! Giliran membasuh pinggan pun tiba, dengan khusyuknya saya basuh semua2 yang kena basuh tu. Nola pun join berbual sekejap, kami ambil cerita Alice In Wonderland from her laptop into my Bebe Annie (External HD), dan Nola pula mengambil beberapa movie dari Bebe Annie ke laptop dia. Bella pulang ke bilik dia dulu, sementara saya Diy dan Tom lepak kat bilik Tom. Dari tingkap bilik Tom boleh nampak Bella di sebelah sana sedang amend report FYP dia. Kami panggil2 nama dia banyak kali pun Bella tak dengar2, dah gtalk pun dia tak layan. Beberapa minit lepas tu baru dia layankan beruk2 bilik Tom tu (excluding me. haha)

Kemudian saya dan Diy menyinggah ke bilik Bella. Berbual2, upload, download cerita2 ke Bebe Annie (Sumpah geli ulang nama hard disk ni berulang kali. Any suggestion nak tukar nama dia?) Saya ke bilik Diy pula sebab dia nak cerita yang diambil dari Nola tadi. Saya ambil kesempatan tu untuk minta Diy update kan sedikit projek FYP saya dalam VB. Last2, saya pun balik ke bilik V3 sorang2. Agak seram2 sejuk la melalui blok2 V5 sebelum sampai ke V3C. Malam Jumaat kot. Cerita pun terhenti setakat ini. Next, kisah Shabu-shabu-yang-tertinggal dan kidnap ke Ipoh! TTYL~


May 6, 2010

Finale!

Hopefully, this is my last semester doing UG here in UTP. So, fellas.. Jangan cemburu tengok jadual di bawah. Oleh sebab dari first year saya dah start tarik2 subjek yang sedikit sebanyak memberi impak besar kepada CGPA, but I don't mind at all, maka dengan rasminya diumumkan, peperiksaan akhir saya akan berakhir pada jam 1200 Jumaat 21 May ini. 

Kepada keluarga, sahabat2 yang banyak memberi galakan untuk meneruskan perjuangan terakhir di sini, ingin saya ucapkan jutaan ribuan tera gigabyte punya TERIMA KASIH!

family: ibu-ayah-kakbin-najjia-sktta1: saidah-azraei-hafizah-zulaikha-dalilati-sigs: raihana-azmatun-ezie-yah-arina-hanisah-farahaina-nadcik-azzua-nina-nadia-utp: john-diy-bella-achong-pdus-azam-charles-ayu-ain-nad-tasha-kojek-haidar-kema-mus-arel-pra-abang-amir-prathom-kembarians-May01:king-ikrm-May02-Jan03:jack-khairi-May03:jmk-Jan04-July04-Jan05-July05:kamil-cedi-rez-don-Jan06:daus-keane-July06:azik-mal-Jan07:is-kalai-nadhir-nazmi-July07:abib-zuhairi-zai-Jan08:ed-Jan10:que-anis-banyaklagitakdapatpastikankorangbatchmana-semuatenagapengajarUTP-cafeUTP-cleanerUTP-pakgadUTP-Climbers:Sifu-Mawiz-Hakim-Shuq-Rauf-Nylea-Zyra-Nadiah-CAMP5Climbers


May Allah bless you! 






May 4, 2010

Ujian Penglihatan dan Ujian Pendengaran

Ujian2 ini diperkenalkan sejak tahun lepas oleh kawan2 saya. Ada beberapa ujian yang semua harus pandai mencari tahu jawapannya. 

Ujian Pendengaran 1:
Segi Tiga
Soalan: Segi tiga UTP, Segi tiga USM, Segi tiga UiTM. Segi tiga siapa?
In order to find out the answer, semua yang berada dalam ujian ini harus menjawab. Jikalau tiada siapa yang jawab, memang tak ada jawapan lah kan? Bagi ujian ini, it took me one year to figure out the answer. Glad I've figured out the answer masa keluar tengok Ironman 2 dengan Azik, Awanis, Hana dan Akmal.
Clue: The first

Ujian Pendengaran 2:
Buka/ Tutup
Cara menguji rakan2: Kamu boleh pakai tapak tangan, kotak rokok, pinggan, laptop, coin atau apa saja yang ada dua side atas dan bawah. Dengan menterbalik2kan objek yang dijadikan bahan ujian, cakap "Ni buka, ni tutup, ni tutup, ni buka, ni buka, ni apa? (sambil tunjuk satu side daripada objek tester)". Rakan anda harus meneka dan jawapannya agak senang difahami. Diulangi, ini adalah ujian pendengaran. So sebenarnya, menterbalik2kan objek itu adalah untuk mengaburi dan memblurkan anda saja. Haha
Clue: Jawapan - Buka

Ujian Pendengaran 3:
Berapa?
Soalan: Saya baru lepas makan koko krunch di atas meja, tiba2 semut pun berkerumun banyak2. Soalannya, berapa banyak semut yang mengerumuni serpihan koko krunch?
Bagi mencari tahu jawapan kepada berapa semut di atas tu, anda harus peka dengan soalan yang diberi. Memanglah kalau semut2 tu dah banyak memang susah nak kira kan. Tapi memang ada satu jawapan, suatu number bagi Ujian Pendengaran ini.
Clue: 8 ekor semut

Ujian Pendengaran 4:
Apa kaitan (original version)
Soalan: Apa kaitan kereta lembu dengan rambut beruk?
Okay, sejujurnya.. Saya pun tak tahu lagi apa jawapan atau cara mencari jawapan untuk soalan Apa Kaitan ni. Kalau kawan2 teruskan bermain benda ni dengan saya, mungkin saya boleh cari solution dia sebelum 2 tahun. Boleh tak (siapa2 yang tahu?)
Ujian Pendengaran 4 ini ada lagi 2 version. Come on la weh, jawapan dia senang je!

Ujian Pendengaran 5:
Bang! Bang Bang Bang! B-b-b-b-b-bang-bang! Siapa mati kena tembak tadi?
Ini tahap rendah untuk ujian pendengaran. Jawapan senang je, come on la woiii. Clue: seperti segi tiga

Ujian Penglihatan 1:
Jari-jemari
Tunjukkan jari-jari anda sambil menyebut number2 yang ditunjukkan oleh jari2 itu. Agak susah nak explain kat sini. Kalau nak tau, let me know.

Ujian Penglihatan 2:
Satu objek harus diadakan untuk menjayakan Ujian ni. Boleh pakai handphone, kotak rokok atau lighter, anything yg segi empat. Yang ni juga menggunakan trick jari-jemari. Jawapan akan menjadi sedikit 'sial' apabila memberi soalan kata jawapan anda salah, dan jawapan sebenarnya adalah 3 setengah, 4 suku atau 1.45.

Saya rasa setakat ni je Ujian2 Pendengaran campur Penglihatan campur IQ sikit yang junior2 pernah bagi kat saya. Bila anda tak tahu jawab, atau jawapan yang anda beri selalu salah, maknanya anda punya otak sudah berkarat. Tapi jangan give up. Sebab yang pandai cari tahu cara nak jawab ujian2 di atas, boleh dikatakan genius, brilliant, awesome! So, siapa2 yang tahu solution kepada Ujian2 di atas, boleh tak share sama saya? Terutama apa kaitan tu. Damn tak tau kot! Dan kalau ada yang berminat untuk menguji nasib mereka dengan ujian2 ni, saya sudi berikan setakat mana yang mampulah. Thank you!



May 3, 2010

Selamat Datang Mei 2010

1 Mei adalah Hari Pekerja seperti yang diketahui umum. Plan awal saya adalah untuk ke Ipoh berseorangan, menaiki bas dan pergi ke mana sahaja kaki ini larat melangkah. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Encik N dah online. Mula2, rasa nak minta tolong dia hantar gi bus stop kat depan UTP ni. Tapi, seganlah pula. FYI, saya ni ada masalah tak suka menyusahkan orang. Tiba2, Encik N pun PM. Wah, macam mana dia tau I was thinking about him? Then dia ajak jalan2. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, (betul ke peribahasa ni?), saya pun setuju teman dia hari ni.

11 pagi, kami meninggalkan UTP. Terus menuju ke Batu Gajah. Kami pergi cucuk dinding kat CIMB sana. Ergh, dia curi tengok jumlah wang saya! Then we headed to Bundle Batu Gajah. I was looking for leather jacket, tapi tak jumpa. So dia sahajalah yang beli last2. Kemudian, kami menuju ke Ipoh. Encik N mula buat lawak2 sengal dia. Pasal tank, pasal tweet, pasal recent trip dia, pasal Tiger Wood, pasal the "S'" word. "S" word tu sumpah buat saya paling bengang, super bengang gila sebab dia repeat banyak kali! Last2 sampai Ipoh Parade. Parking kat roof top.

Kami ke Arokaya Thai Massage house. Oh2, ada amoi kecik nampaknya suka sama aura saya. Memang budak kecik senang suka kat saya eh? Saya tak berurut, dia je. Saya shopping kat Ruffey! OMG, itu kan kedai favorite kelab PPG saya suatu ketika dulu =D Sejam kemudian, settle semuanya. Kami berjumpa semula di kawasan parkir. Mulut saya sibuk direct dia jalan keluar, walhal, sendiri pun tak tau jalannya. Ikut rule-based reasoning je.. Kat mana jalan masuk, kat situlah jalan keluar kot? Okay, at least I got it slightly right. Kalau ikut kereta2 bodoh lain kat depan tu memang berpusing2 lah kite kat roof top tu, you.

Agenda seterusnya adalah mencari makan. Setelah membuat keputusan, kami ke Nasi Vanggey kat Greentown tu. Masalah cari parking lagi. Memang hari ni, hari Encik N bazir minyak dia lah! Degil tak nak percaya cakap saya. First time okay dapat makan nasi vanggey yang famous kat Ipoh ni. Should try nasi ganja as well one fine day. Setelah sekian lama saya gedik makan pakai cutlery,  hari tu, saya pakai tangan. Sebab nak buat nasi boli2 yang Ayah ajar dulu. Nasi putih dan telur masin yang dikepal bulat2 bagai Snowman (dipanggil boli2 masa saya kecil dulu).

Sesudah makan, kami keluar dari bandaraya Ipoh yang bosan itu. Haha! Nak cari jalan gi Medan Gopeng tu pun susah. Degil lah u, tak nak dengar cakap I. Geram! I am the best human navigator okay, trust me =) Lepas tu, kami pergi Clearwater Sanctuary. Saya swimming alone sebab dia tak bawa pakaian swimming. Haih.. So dia minum kopi sambil makan roti cheese, saya swimming puas2 gila vavi! Walaupun tak berapa pandai swim kan, tapi berendam memang kegemaran saya! Then balik, habis cerita..