Custom Search

March 11, 2010

Chikubi-kubi Luna

Dear Luna,

Kak Anne rindu sangat kat Luna. Ingat lagi tak Kak Anne pergi kolej kediaman Kakbin kat Institut Teknologi Pertama untuk ambil Luna pada Disember 2007? Kak Anne baru mulakan praktikal kat GIA. Masa tu Luna kecil lagi. Comel sangat! Kak Anne letakkan Luna dalam sangkar berwarna putih berharga RM35 yang diimport dari Kluang. Luna sangat takut sebab kereta bergerak2 sampai landing kat tempat makan tu. Kenapa Kak Anne bagi nama Luna? Mungkin masa tu teringat pensel warna yang glamer masa zaman sekolah dulu. Luna, bukan Yuna Oh Bulan tau~
Binatang peliharaan pertama yang dijaga sendiri, LUNA darling!
Diimport dari Mantin,N9 ke Jalan Klang Lama, KL pula

Luna sangat cantik. Mata sebelah kanan Luna ada dua warna. Bawah dia coklat, atas dia kelabu. Warna bulu Luna yang coklat keperangan tu semakin gelap bila Luna semakin membesar. Luna sangat lincah kaduk (Ayat siapa ni aku pakai). Pantang dilepaskan dari sangkar, Luna pasti akan berlari2 keliling rumah. Kak Anne pun kejar2 Luna, usik2 Luna, dengki Luna sebab nak Luna gembira. Luna kan jantan. Maka sepanjang sebelum Kak Anne mula berpacaran, Luna lah buah hati pengarang jantungku. Kak Anne suka pegang Luna sebab Luna akan senyap je. Tak menggelupur macam pegang anak kucing. Tak miau2 macam anak kucing nangis kena pegang.
Chikubi! Chikubi adalah nama yang roomate Kak Anne bagi kat Luna
Hehe. Padan muka Luna!
Kena zip dalam beg pula. Bhahahah! Sayang, sayang juga! Hasad dengki mesti ada =D

Kak Anne bagi Luna makan palet, kadang2 lobak merah sampai oren2 hidung Luna yang comel tu. Hihi. Kadang2 juga Kak Anne bagi kubis atau buah epal. Kak Anne mandikan Luna setiap minggu. Sangkar Luna pun Kak Anne bersihkan hampir setiap hari. Tak suka Luna duduk kat tempat yang kotor2. Takut sakit macam arnab2 lain kat rumah JB dulu tu.
Luna suka kan tidur dalam bekas makanan ni. Then badan dah besar tak boleh buat mcm ni lagi dah
Waa kudutnya dia lepas mandi
Sikat dan jilat lah sendiri. Haa.. Dah rupa arnab balik. Haha
Ni lah rabbit dalam iklan Energizer tu. Sumpah tipu!
Jangan keluar, masuk balik!
Kat dalam sangkar biru tu lah Kak Anne selalu angkut Luna balik JB. Tu cage untuk hamster rumah yg dah mati. Nasib baik lah muat. Pernah Luna tergolek dog dalam bas Metro nombor 19 masa OTW balik Jalan Klang Lama tu. Mesti Luna bengong2kan lepas cage jatuh dalam bas tu. Hihi! Malu semua orang nampak Luna yang comel. 
Satu hari, housemate Kak Anne bagi berita gempar. Masa tu Kak Anne balik JB dan tinggalkan Luna. Balik2, tengok Luna lain macam. Cerah sikit bulu coklat Luna tu. Kak Anne dah suspek Luna mati dan housemate dah ganti Luna untuk buat Kak Anne tak sedih. Rupa2nya kena prank. Housemate Kak Anne beli satu lagi arnab untuk teman Luna. Nama dia Luni. Masa beli, apek kedai haiwan tu kata Luni tu betina. Kena tipu rupanya. Luni jantan juga. (-_-"). Lapan bulan pun berlalu, Kak Anne berjaya menamatkan kursus praktikal dan kena pulang ke UTP untuk sambung belajar. Oleh sebab roomate Kak Anne kat UTP tak suka binatang, Kak Anne terpaksa tinggalkan Luna dengan housemate kat JKL. Dialah yang jaga Luna dengan baik, makan minum semua cukup. 
Suatu hari, Kak Anne pergi tengok Luna. Luna dah besar! Luna semakin gelap dan tak lagi tidur dalam bekas makanan. 
Luna dan Luni jadi pasangan gay. Mereka suka buat aksi mengawan antara satu sama lain sampai tertanggal2 bulu mereka. Luni yang gila pula suka gigit tangan dia sampai berdarah dan kudung. Sengal!
Kak Anne dah tak nak menyusahkan housemate tu jaga Luna lagi. Maka Kak Anne bawa Luna balik ke JB pada June 2009. Inilah gambar terakhir Luna yang Kak Anne ada sebelum ibu bagi hak penjagaan Luna kat kawan dia. Kak Anne tak sempat pun jumpa Luna buat kali terakhir sebelum Luna dibawa pergi dari rumah kat JB tu. Kak Anne keluar berjalan masa tu. Balik2 je tengok Luna dah tak ada lagi. Terus Kak Anne menitiskan air mata (Sekarang pun tengah menangis ingat Luna).

Luna, jaga diri baik2. Kak Anne tak tau Luna hidup lagi atau dah mati. Apa2pun, terima kasih sebab jadi boyfriend Kak Anne yang gila dan sengal ni selama kita bersama. Kak Anne minta maaf kalau suka sangat sakat2 Luna dulu. Hobi.. I'll always remember you, LUNA. Muahhhhh!

5 comments:

Unknown said...

olololo..sian2..ade sedih sikit ni..sian diorg jadik gei atas paksaan..isk3..

marjeena said...

Luni: Weh Luna, kau jantan gak ke?
Luna: A ah. Kau tak nampak ke kejantanan aku ni?
Luni: Mana?
Luna: Nilah..
Luni: Ahh, jantan pun jantanlah. Janji dapat lepas sangap

Dan sangkar pun mula berbunyi2, tang tung tang tung sebab mereka buat projek amal

AeroL 5ivE said...

comelnya gak arnab ni...secomel tuan punya badan arnab hehe...nama pn comel gler...hope luna dpt idop dgn selama2nya k hehe

Kenangan Lalu said...

Dont b sad, hes sumwhere out there happy and thinking of you~

marjeena said...

ayoi: haha. thanks. mana ada binatang hidup selama2nya? manusia pun ada ajal kut~

nymq: tq nymq. harap2 begitulah. nak balik jb pulak tgk anak2 tuceng. yahuu