Custom Search

March 7, 2010

Mbok Mu Seko Endi?

Bahasa apalah saya pakai untuk tajuk entri kali ni? Itulah bahasa Jawa. Saya ini juga berketurunan Jawa yang diwarisi dari sebelah Ibu. Mbok Mu Seko Endi? (Emak kamu dari mana?) Maka jawapannya adalah Batu Pahat. Sebenarnya, saya tak tahu pun berbahasa Jawa. Tapi kawan2 saya yang tinggal di Batu Pahat, boleh kata ramai yang tahu berbahasa Jawa sikit2. Nasib baiklah saya membesar kat JB, tak perlu belajar bahasa kedua tu. Hihi. Semalam kan saya dah cerita kisah keluarga sebelah Ayah. Hari ini, giliran Ibu pula.


Mungkin masa muda2, ibu berwajah seperti ini. Seperti saya yang sekarang.
Ibu pada 1 Syawal Aidilfitri 09

Nama ibu saya Sa'miyah Binti Paiman. Ibu mempunyai adik beradik sejumlah 9 orang Mak Long, Pakcik Madon, Mokde, Pakcik Doli, Ibu, Pakcik Rashid, Arwah Shariff, Mak Cham dan Mak Tim. Ibu telah kehilangan ayahnya ketika masih kecil lagi. Nama arwah ialah Paiman bin Ali. Setelah itu, sepupu arwah ayahnya (Tok Sidah) mengambil ibu saya sebagai anak angkat dan ibu telah dibesarkan di Muar. Dia menuntut di SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar sehingga MCE. Adik beradik ibu yang lain dibesarkan dengan susah payah oleh emaknya, Puan Ramlah Ahmad (atau dikenali sebagai Tok Melah). Menurut cerita ibu, Tok Melah mengambil upah mencuci pinggan, dan baju jiran untuk menyara kehidupan. (Sebak ni).

Bagi keluarga Batu Pahat, saya agak kurang mengenali sepupu2 saya. Mungkin atas beberapa faktor yang saya rasa sensitif untuk disebutkan di sini. Dan satu lagi adalah sebab kisah hitam zaman kanak-kanak saya yang membuatkan saya tidak rapat dengan keluarga sebelah Batu Pahat ini. Yang saya tahu:

  • Mak Long dan Pak Long tinggal di Solok Wan Moh (belakang BP MALL). Mereka ada 9 orang dan dah bercucu. Abang Adi, Abang Rafi, Abg Wep, Boboy, Wani, Wana, Amin dan Zimah. Nama isteri dan anak2 Abang Adi saya tak ingat. Nama isteri Abang Rafi ialah Kak Yus dan nama anak gadis pertama mereka, Nelly. Anak2 yang lain saya tak ingat. Nama isteri Abg Wep ialah Kak Ros dan nama anak2nya saya lupa. Boboy punya bini pun saya tak ingat dan nama anak lelaki dia juga tiada dalam memori. Nama anak Wana sorang tu Mira, nama suami dia pun tak tahu. Wani, Amin dan Zimah belum kahwin lagi.
  • Pakcik Madon dan keluarganya ni memang jarang gila jumpa. Dia tinggal somewhere kat Batu Pahat tu. Mungkin 2 kali je pernah beraya rumah dia dan saya totally dah lupa muka dia macam mana. Nama anak2 dia seorang pun saya tak dapat ingat. Adoi~
  • Mokde (singkatan kepada Mak Odah) ada anak kandung bernama Kak Su. Nama suami Kak Su saya tak ingat tapi anak lelaki sulung dia, Ismail, sangat petah mulutnya dan bijak di sekolah. Mokde juga ada anak angkat bernama Hidayah. Cun dia ni, adik saya Jia adalah idola dia. Hihi. Mokde tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan kami di JB tu.
  • Pakcik Doli dan Mak Jun ada anak2 yg bernama Aishah, Awin, dan tak ingat. Sorang tu dah meninggal masa saya kat sekolah rendah lagi, tapi saya tak ingat lagi nama dia. Pakcik Doli juga tinggal di Batu Pahat.
  • Ibu (atau Mak Uteh) kahwin dengan Pak Uteh. Nama ayah kat Batu Pahat macam tu. Cerita kami dah disebutkan, so tak perlulah ulang lagi.
  • Pakcik Rashid pula ada anak2 bernama Nonoi, Shidee dan Syem2. Rumahnya terletak di Kampung Laut yang belakang Skudai Parade tu.
  • Arwah Sharif tu saya tak pernah jumpa tapi dia meninggal masa ibu masih di bangku sekolah rendah lagi. 
  • Mak Cham ada 2 orang anak bernama Azim dan Cahaya (Nur something2). Alamak! Boleh pulak tak ingat nama sepupu paling muda tu. Dia tinggal kat Parit Raja, Batu Pahat.
  • Mak Tim dan Pakcik Talib pula ada anak bernama Solihin, Ika, Syahadah. Mak Tim tinggal kat Taman Universiti. Dia pandai masak2 kek, kuih. Sedap! Mak Tim ada facebook. Ingat lagi betapa kelakarnya bila saya cuba ajar dia menaip huruf besar (Shift+abjad). Mak Tim sangat becok, tapi dia makcik yang best!
Oleh itu, bagi keluarga sebelah Batu Pahat ni, angka2 bagi cucu cicit tak dapatlah saya pastikan. Balik2 raya je sepupu tu dah ada anak baru dah. Pastu muka semua sepesen je. Memang tak laratlah saya nak hafal. Cukuplah dikenali sebagai Aunty Anne je. 
N sayang sangat kat Ibu. Ampunkan segala dosa2 N ya Ibu?
Anak2 Abang Wep
Nelly dan Mak Cham dan Abang Rafi
Syahadah, Ika, Azim, xx dan Hidayah
Auw! Kiki Lala sangat korang
Mak Tim, Mak Long dan Mokde
Boboy, isteri & anak
Tweety a.k.a Cahaya dan Mak Cham
Ibu saya dan makciknya

Kalau ada keluarga Batu Pahat saya yang terjumpa entri ini, saya ingin memohon maaf kerana tak dapat mengingati semua nama kalian. Sesungguhnya HeadDisk saya sudah sangat uzur dan berhabuk. Hihi.. Harap saya masih berkesempatan untuk jumpa semua orang di Aidilfitri yang akan datang. Wassalam

No comments: