Sambungan dari entri ini: UTP-KV-JB.
Ahad, 14 Mac - Kakbin dan Jia tak kerja hari itu. Saya tidur sekejap je sebab terpaksa bangun untuk teman Kabin hantar Ibu gi Jakel. Dengan baju tidur dress berwarna pink tu saya pun keluar. Ibu drive, then Kabin drive. Kami nak beli lauk tapi masa tu pukul 10am something, lauk pun orang kedai tak hidang lagi. Tiba2 Kabin jumpa seekor kucing yg sebiji macam Tiger kat rumah kami tu. Kami pun curi kucing tu bawa balik. Saya bagi nama dia Lion. Haha! Tapi dia bising sangat, nak kena pulangkan balik kucing tu sebab dia suka nak gaduh dgn kucing2 kat rumah tu.
Kami pun bincang pasal plan hari itu. Mula2 kami orang plan nak gi mandi-manda kat Star Hill Golf & Country Club (Star Hill). I texted Azik to ask whether he and Akmal wanna join or not. Yang kami ni pula masing2 malas nak gerak, terlantar je atas tilam. Sorang tak gerak, memang tak ada yang gerak la kan? So saya gi mandi2, mereka tidur lagi. Saya pula tidur, mereka mandi2, last2 kami keluar juga. Tak jadi ke Star Hill, kami menuju ke bando (Ayat standard orang Joho kalau nak ke pusat bandaraya) dengan Myvi Putih Ibu. Kami singgah kat Jakel untuk hantar buku ibu. Lion pun kami kembalikan ke tempat asalnya. Perjalanan diteruskan.
Kami park kereta di Plaza Seni. Bukan Pasar Seni tau. Plaza Seni ni dulunya tempat bas dan teksi JB. Ingat lagi, masa saya kecik2 dulu, ibu dan ayah selalu bawa kami jalan2 ke bando naik bas dari rumah lama kt Kempas Jalan Permatang tu. Kat situlah kami tunggu bas dan teksi selalunya. Sambung balik. Kami kemudian ke Rebirth untuk ambil baju JOHO saya. Tapi tak ada pula sebab ada kat orang lain. Kami bertiga pun ke Starbucks CS (City Square JB). Masa tu hujan lebat. Habis sakai rambut kena hujan. Choi~
Saya minum Signature Hot Chocolate dan Stroganoff. Kabin dan Jia pun makan Stroganoff tapi air apa tah mereka order, dah tak ingat. Tiba2 ada tarian untuk Minggu Pelancongan Johor (kot). Mungkin dancers dari Yayasan Warisan Johor lah, mana lagi? Tiba2 juga kami bertiga rindu nak menari. Sebab dulu saya dan Kabin adalah dancers Kuda Kepang SIGS. Jia pula masa kat sekolah rendah. Hihi. Saya berkenalan dengan seorang staff Starbucks di situ. Siapa tah nama dia, dah lupa. Kabin dan Jia already met him. Mcm biasa, Jia nampak tua dari saya, dan saya nampak tua dari Kabin. LoLoL.
Pukul 6.30pm, kami bergerak pulang sebab kena amik Ibu kat Jakel. Dia dah habis kerja. Kami pergi balik ke Rebirth sebab tiba2 baju JOHO saya dah ada. Yeay! Ada pun satu. Amik Ibu dan kemudian kami pergi ke Sutera Mall. Nak tengok baju2 kat butik2 Cina kat situ. Verka pun ada, sibuk je. I was looking for a dress yang ada zip kat dada tu. Mcm sexy je. (-_-") Kami juga sempat ambil beberapa gambar dengan kamera hp Nokia N97 baru ibu. Kemudian kami+Verka dinner kat Sri Skudai. Tomyam Lokman, mcm biasa. Saya order Sup Cendawan je sambil mengendeng sikit Puyuh Goreng yang Ibu order dan makanan2 orang lain. Kemudian kami pulang ke Hang Tuah..
Isnin dan Selasa, saya cuma bercucuk tanam je kat Facebook (Country Story, Farm Ville dan Barn Buddy). Lagi pun hujan lebat every day. Saya cuma duduk rumah dan main2 dengan anak2 kucing yang tinggal 5. Suatu malam, ibu ajak saya tidur dgn dia kat bilik dia. Saya cakap, "Boleh je tapi ibu jangan bebel2 tau". Haha. Tak baik benar cakap macam tu, tapi last2 saya tidur dgn siblings juga. Finally, cuti saya di JB berakhir pada tengahari Rabu. Saya kena pulang ke KV sebab nak siapkan sistem untuk FYP, by hook or by crook. Iddi dan Kabin hantar saya kat terminal Sri Putri. Saya naik bas Causeway Link pukul 2pm dan tiba di Puduraya pada jam 6pm. Saya berjalan kaki punyalah jauh sampai ke LRT Pasar Seni dan naik train dan turun di KL Sentral. Saya tunggu kawan datang sambil makan KFC. Kemudian kawan pun hantar saya balik ke Prima D yang kosong, tiada penghuni. Sob3.. Cerita sampai sini dulu. Nak get ready for Data Mining tutorial class at 9am.. BTW, before meninggalkan rumah, saya sempat bergambar dengan baju JOHO saya! Dan gambar2 baru sahaja diemelkan kepada saya dari Iddi. Tq2
Kucing terbang!
Kucing comel. Auwww geramnya!
Nah Penumbuk!!





No comments:
Post a Comment