Bencilah Prima D tu, tak ada internet. Dari Disember pindah situ, sampai sekarang ni TM tak kasi masuk itu Streamyx lagi. Pjadha nye lembab nak mati pasang internet kat rumah tu. Dah dekat 4 bulan ni, seriously! Haha.. Awal2 entri dah emo, kannnnn? Ini cerita perjalanan seorang akak final sem balik kampung tau. Dari UTP ke Klang Valley (KV) dan kemudiannya ke Joho!
2 days ago..
After BCL lecture on Thursday, Hafiz dan roomate-kuat-merajuk dia hantar saya kat bus stop depan UTP. I took General Bus yang warna hijau tu untuk ke Medan Kidd. RM3.50. Saya jalan kaki di bawah panas mentari pukul 12pm ke KTM Ipoh dan jumpa pakcik yang tolong buat IC dulu. Kami lepak kat Kopitiam baru buka kat sebelah kaunter dan saya makan roti bakar dengan limau suam. Tekak dah sakit, baru kau pandai minum air yg suam2, kan Anne? Padan muka! Then saya naik train duduk kat coach X1 seat 8B. Sebelah saya ada ahpek, dia sibuk baca buku pasal Forex. Nak je cakap, apa barang baca buku? Terus main dengan graf lah! Okay, that's too much Anne. Kau pun tak tau apa tu Forex.. Zzzz
Saya nampak Syed Ahmad Farhan yg kachak tu dgn gf dia naik kat Batu Gajah. Tapi malaslah nak tegur awak. Sorry.. Pukul 4.15pm saya sampai Kepong Sentral dan menuju ke bus stop. Taxi nak charge RM10 ke Prima D, walhal dekat je weh Kepong Sentral dengan rumah tu. So saya naik bas Rapid KL U8, baru RM1. Pppppp.. Malam tu teman Shuq ke Ikea. Dia nak beli frame. Then saya terjumpa barang baik punya untuk FYP nanti! Hahaha! Serious semangat nak buat poster nanti, LoLoL! Kalau jadi beli, I'll show you what is it. Shuq kerja esok, dia nak balik awal, so minta tolong dia hantar kat OU sebab saya nak menonton wayang V3: SAMSENG JALANAN dengan Henskem dan Rauf.
"Minta maaflah kat siapa2 yg suka sangat cerita macam ni. Saya tak suka sebab melampau sangatlah dress-up bohsia2 yg beratur untuk event racing2 dalam cerita tu. Muka pecah rumah ada hati nak pakai tersembul2 sini sana. Jeeeezz.. Sila jangan ambil hati ya siapa2 yang terlibat dalam pembikinan movie tu. Terbakar duit wa tengok cerita begitu. Krooh2zzz. Tunggu KL Drift 2 pula" - Anne Marjeena
Jumaat memang whole day duduk rumah saja. Then hari ni ingat nak gerak ngn kawan ke Pudu. Tapi wa bangun lambat. So SMS Azik, cakap nak join dia je balik JB. Kami jumpa kat Murni SS2 malam tadi. I ordered Fish N Chips dengan Lychee Ice. Around 10pm, kami gerak ke JB dengan Akmal juga. Akmal tak pernah gi JB. Boleh pula kau tidur kan tak nak menghayati perjalanan pertama ke JB. Hihi (harap2 dia tak baca blog ni). I arrived at 1.30am disambut oleh anak2 kucing yang girang! Okay. So sekarang ni kat Taman Skudai Baru already. Great2 internet connection here! Much better than UTP sebab kat UTP tak dapatlah nak Youtube Redtube semua. Oopss! Selamat malam kawan2.. Berharap sangat cuti ni dapat digunakan dengan baik! Weehuu

No comments:
Post a Comment