Custom Search

March 28, 2010

Ikan Gapi Earth Hour 2010

Yesterday, 27th March 2010, I went to celebrate Malaysia Earth Hour at Palate Pallete. It is not a place to club but more to a bistro. I went there with Nylea and Afif. Then I met other Camp 5 friends (Hakim, Zam, LiChen and Rauf) who have already arrived earlier before us. It was my first time going to P.P. and the crowd was sangat ramai! And of course in the kesempitan given by the event, I got to ushar many hot chicks there. Whew, cuci mata baik punya. The theme for last night in P.P was Reggae. Reggae = Bob Marley = Green, Red, Yellow. True?

There was fire poi performance where a group of youngster play with sticks, flexible kain, and balls which were on fire. Yeap, yang pusing2 kan benda2 tu pakai tangan then sembur2 api dari mulut tu. 4-5 guys behind the scene were playing the instrument and that made the crowd dance to the beat. Can't imagine the taste of kerosene inside my mouth. Bluwekk! The guys playing with the fire poi last night were those with 6 packs only. Mak aih! And there was a youngngirl doing solo performance. Memang teror la dia. The highlight of the performance was when a lady tourist, who I think already dah 'naik shaikh', dance in the middle of the performers like crazy, with a glass of beer in her hand, wanted to try to blow fire with the beer. The crowd was laughing at her and tak sampai beberapa minit performers itu ended their show. The lady was still in the middle and terpinga2 when the whole thing stopped. Bhahahah

Then we went inside the restaurant. The party started. All reggae, All so bob marley-ish. But the songs were very catchy. I was introduced to Li Chen. I've known her existence long ago but only last night I was introduced officially to her. She's a cute girl with strong spirit when wall climbing, of course. We left the place at 2am and went to Uptown Damansara. Also my first time going there. This time, I hopped into Roy's Jefio with Hakim. I told them a joke I made just before I went out that night. The joke was something like this:
My friend tell me to buat mulut ikan gapi. Since I have been always a playful friend, I answered him like this.. Instead of muncungkan mulut dan buat mulut ikan, I said "Ga..Pi.. Ga.. Pi.. Ga.. Pi.." Macam stail cikgu ajar anak murid, buka mulut besar and sebut.. And we were both laughing madly. (^_^)
I ordered coffee ice and kue teow goreng. At 3am, we headed back home.


March 23, 2010

Cuti-cuti JB JOHO

Sambungan dari entri ini: UTP-KV-JB

Ahad, 14 Mac - Kakbin dan Jia tak kerja hari itu. Saya tidur sekejap je sebab terpaksa bangun untuk teman Kabin hantar Ibu gi Jakel. Dengan baju tidur dress berwarna pink tu saya pun keluar. Ibu drive, then Kabin drive. Kami nak beli lauk tapi masa tu pukul 10am something, lauk pun orang kedai tak hidang lagi. Tiba2 Kabin jumpa seekor kucing yg sebiji macam Tiger kat rumah kami tu. Kami pun curi kucing tu bawa balik. Saya bagi nama dia Lion. Haha! Tapi dia bising sangat, nak kena pulangkan balik kucing tu sebab dia suka nak gaduh dgn kucing2 kat rumah tu.

Kami pun bincang pasal plan hari itu. Mula2 kami orang plan nak gi mandi-manda kat Star Hill Golf & Country Club (Star Hill). I texted Azik to ask whether he and Akmal wanna join or not. Yang kami ni pula masing2 malas nak gerak, terlantar je atas tilam. Sorang tak gerak, memang tak ada yang gerak la kan? So saya gi mandi2, mereka tidur lagi. Saya pula tidur, mereka mandi2, last2 kami keluar juga. Tak jadi ke Star Hill, kami menuju ke bando (Ayat standard orang Joho kalau nak ke pusat bandaraya) dengan Myvi Putih Ibu. Kami singgah kat Jakel untuk hantar buku ibu. Lion pun kami kembalikan ke tempat asalnya. Perjalanan diteruskan.

Kami park kereta di Plaza Seni. Bukan Pasar Seni tau. Plaza Seni ni dulunya tempat bas dan teksi JB. Ingat lagi, masa saya kecik2 dulu, ibu dan ayah selalu bawa kami jalan2 ke bando naik bas dari rumah lama kt Kempas Jalan Permatang tu. Kat situlah kami tunggu bas dan teksi selalunya. Sambung balik. Kami kemudian ke Rebirth untuk ambil baju JOHO saya. Tapi tak ada pula sebab ada kat orang lain. Kami bertiga pun ke Starbucks CS (City Square JB). Masa tu hujan lebat. Habis sakai rambut kena hujan. Choi~

Saya minum Signature Hot Chocolate dan Stroganoff. Kabin dan Jia pun makan Stroganoff tapi air apa tah mereka order, dah tak ingat. Tiba2 ada tarian untuk Minggu Pelancongan Johor (kot). Mungkin dancers dari Yayasan Warisan Johor lah, mana lagi? Tiba2 juga kami bertiga rindu nak menari. Sebab dulu saya dan Kabin adalah dancers Kuda Kepang SIGS. Jia pula masa kat sekolah rendah. Hihi. Saya berkenalan dengan seorang staff Starbucks di situ. Siapa tah nama dia, dah lupa. Kabin dan Jia already met him. Mcm biasa, Jia nampak tua dari saya, dan saya nampak tua dari Kabin. LoLoL.

Pukul 6.30pm, kami bergerak pulang sebab kena amik Ibu kat Jakel. Dia dah habis kerja. Kami pergi balik ke Rebirth sebab tiba2 baju JOHO saya dah ada. Yeay! Ada pun satu. Amik Ibu dan kemudian kami pergi ke Sutera Mall. Nak tengok baju2 kat butik2 Cina kat situ. Verka pun ada, sibuk je. I was looking for a dress yang ada zip kat dada tu. Mcm sexy je. (-_-") Kami juga sempat ambil beberapa gambar dengan kamera hp Nokia N97 baru ibu. Kemudian kami+Verka dinner kat Sri Skudai. Tomyam Lokman, mcm biasa. Saya order Sup Cendawan je sambil mengendeng sikit Puyuh Goreng yang Ibu order dan makanan2 orang lain. Kemudian kami pulang ke Hang Tuah..

Isnin dan Selasa, saya cuma bercucuk tanam je kat Facebook (Country Story, Farm Ville dan Barn Buddy). Lagi pun hujan lebat every day. Saya cuma duduk rumah dan main2 dengan anak2 kucing yang tinggal 5. Suatu malam, ibu ajak saya tidur dgn dia kat bilik dia. Saya cakap, "Boleh je tapi ibu jangan bebel2 tau". Haha. Tak baik benar cakap macam tu, tapi last2 saya tidur dgn siblings juga. Finally, cuti saya di JB berakhir pada tengahari Rabu. Saya kena pulang ke KV sebab nak siapkan sistem untuk FYP, by hook or by crook. Iddi dan Kabin hantar saya kat terminal Sri Putri. Saya naik bas Causeway Link pukul 2pm dan tiba di Puduraya pada jam 6pm. Saya berjalan kaki punyalah jauh sampai ke LRT Pasar Seni dan naik train dan turun di KL Sentral. Saya tunggu kawan datang sambil makan KFC. Kemudian kawan pun hantar saya balik ke Prima D yang kosong, tiada penghuni. Sob3.. Cerita sampai sini dulu. Nak get ready for Data Mining tutorial class at 9am.. BTW, before meninggalkan rumah, saya sempat bergambar dengan baju JOHO saya! Dan gambar2 baru sahaja diemelkan kepada saya dari Iddi. Tq2
Kucing terbang!
Kucing comel. Auwww geramnya!
Nah Penumbuk!!

March 15, 2010

Maddy My Hero

Saidah, sesungguhnya post ini adalah untuk memperingati zaman kita jadi best friend dulu. Zaman kita berdua naik bas Uncle Bala bas panjang dan Appu bas pendek to and fro Skudai - SIGS. Juga untuk memperingati semula seorang budak sekolah STAR yang kita minat dulu hanya sebab muka dia macam Madhavan ni. Hihi. Siapa ye nama budak laki tu, tak ingatlah. Mesti dia dah grown up dan handsome sekarang kan? Entah apa2 je kan kite dulu, lelaki Melayu tak minat, lelaki Tamil ini juga jadi buah hati masa tu. (-_-")


Tada! Madhavan and Anne Rai in the house!

Now, Let's Talk Crap!!!
Hello readers! My name is Anne Rai. Today I'm gonna interview my favorite school time hero. His name is R. Madhavan or Maddy. First of all, I would like to express my utmost thank you to Indian Airlines for sponsoring return ticket to India. The meeting was successfully done in front of Taj Mahal the great. Let's konon2 Maddy ni pandai cakap Melayu lah, okay?

Anne Rai : Hi Maddy. I can't believe it's you in front of me right now. Come, gimme a hug!
(Maddy pun XoXo Anne Rai. Terasa perut dia boncet, mungkin mabuk todi semalam)
Maddy : Vanekem Anne. Looking hot in white and blue lining saree yaw?
Anne Rai : (Giggles dan tersipu malu). Thanks Maddy! You pun apa kurangnya? Ukkaru (Sit in Tamil)
Maddy : You are here finally. I've been so sexcited to see you after tweeting in Twitter with you for the past fortnight. You look shorter in person. Ops.. Sorry
Anne Rai : What did you just call me??! (Anne Rai started sulking and suddenly something like the video shown below happened)
Anne Rai and Maddy menari-nari kat depan Taj Mahal. Banyak gila orang tengok. Malu gila tau!

Maddy : Wow Anne! Your dance isn't bad. You practiced a lot before coming here, aren't you?
Anne Rai : Haha. Thanks Maddy. I had fun! It really reminisced my school time memories.
Maddy : School time? Why school?
Anne Rai : It's because the first time I came to know about your presence was when I'm in my secondary school. One day, the school bus driver, Raju played Vaseegara otw to school. Since then, the music got stuck in my head. I hummed the tune while sweeping my front yard and my Indian neighbor, Jeevan, heard me. He said that it was a song from Tamil blockbuster movie 2001, Minnale. The hero is you and your heroin was Reema Sen. I started to adore you and your baby face since then. (Blush *^_^*)
Maddy : That's interesting!
Anne Rai : I was a Bollywood movies fan back then. Sometimes, I also watch Tamil movies at TV2 and Vasantham channel on weekends. One day, I got to watch Minnale and I saw your acting. It was such a romantic movie and I like it!
Maddy : So sweet of ya. But, Anne my time is up! I've gotta run for a film shooting in Hyderabad. Thank you  so much for your time.
Anne Rai : Eh, I lah should thank you for the opportunity to see you today. Keep on touching! Call me if you're up for dinner with me and your family.
Maddy : Alright kid! See ya! Tweet me!

Facts and Figures:
Name - Madhavan Ranganathan
DOB - June 1, 1970
Race - Tamil
Status - Married
Interests - PETA (wah, sayang binatang juga), game show hosting (Deal Ya No Deal)

Till then, poi varukireen!

March 14, 2010

UTP-KV-JB

Bencilah Prima D tu, tak ada internet. Dari Disember pindah situ, sampai sekarang ni TM tak kasi masuk itu Streamyx lagi. Pjadha nye lembab nak mati pasang internet kat rumah tu. Dah dekat 4 bulan ni, seriously! Haha.. Awal2 entri dah emo, kannnnn? Ini cerita perjalanan seorang akak final sem balik kampung tau. Dari UTP ke Klang Valley (KV) dan kemudiannya ke Joho!

2 days ago..
After BCL lecture on Thursday, Hafiz dan roomate-kuat-merajuk dia hantar saya kat bus stop depan UTP. I took General Bus yang warna hijau tu untuk ke Medan Kidd. RM3.50. Saya jalan kaki di bawah panas mentari pukul 12pm ke KTM Ipoh dan jumpa pakcik yang tolong buat IC dulu. Kami lepak kat Kopitiam baru buka kat sebelah kaunter dan saya makan roti bakar dengan limau suam. Tekak dah sakit, baru kau pandai minum air yg suam2, kan Anne? Padan muka! Then saya naik train duduk kat coach X1 seat 8B. Sebelah saya ada ahpek, dia sibuk baca buku pasal Forex. Nak je cakap, apa barang baca buku? Terus main dengan graf lah! Okay, that's too much Anne. Kau pun tak tau apa tu Forex.. Zzzz

Saya nampak Syed Ahmad Farhan yg kachak tu dgn gf dia naik kat Batu Gajah. Tapi malaslah nak tegur awak. Sorry.. Pukul 4.15pm saya sampai Kepong Sentral dan menuju ke bus stop. Taxi nak charge RM10 ke Prima D, walhal dekat je weh Kepong Sentral dengan rumah tu. So saya naik bas Rapid KL U8, baru RM1. Pppppp.. Malam tu teman Shuq ke Ikea. Dia nak beli frame. Then saya terjumpa barang baik punya untuk FYP nanti! Hahaha! Serious semangat nak buat poster nanti, LoLoL! Kalau jadi beli, I'll show you what is it. Shuq kerja esok, dia nak balik awal, so minta tolong dia hantar kat OU sebab saya nak menonton wayang V3: SAMSENG JALANAN dengan Henskem dan Rauf. 
"Minta maaflah kat siapa2 yg suka sangat cerita macam ni. Saya tak suka sebab melampau sangatlah dress-up bohsia2 yg beratur untuk event racing2 dalam cerita tu. Muka pecah rumah ada hati nak pakai tersembul2 sini sana. Jeeeezz.. Sila jangan ambil hati ya siapa2 yang terlibat dalam pembikinan movie tu. Terbakar duit wa tengok cerita begitu. Krooh2zzz. Tunggu KL Drift 2 pula" - Anne Marjeena


Jumaat memang whole day duduk rumah saja. Then hari ni ingat nak gerak ngn kawan ke Pudu. Tapi wa bangun lambat. So SMS Azik, cakap nak join dia je balik JB. Kami jumpa kat Murni SS2 malam tadi. I ordered Fish N Chips dengan Lychee Ice. Around 10pm, kami gerak ke JB dengan Akmal juga. Akmal tak pernah gi JB. Boleh pula kau tidur kan tak nak menghayati perjalanan pertama ke JB. Hihi (harap2 dia tak baca blog ni). I arrived at 1.30am disambut oleh anak2 kucing yang girang! Okay. So sekarang ni kat Taman Skudai Baru already. Great2 internet connection here! Much better than UTP sebab kat UTP tak dapatlah nak Youtube Redtube semua. Oopss! Selamat malam kawan2.. Berharap sangat cuti ni dapat digunakan dengan baik! Weehuu

March 12, 2010

Wajib Katakan "TIDAK'

... kepada lelaki2 yang bersikap sebegini:
  • Sorry Seems to be the Hardest Word - Kalau buat salah, tak reti nak minta maaf. Demi nak pulihkan keadaan, si perempuan kena turunkan ego dan cakap "minta maaf" pula. Apa pulak?
  • Stealing Friends and Friends of Friends - Lepas berpisah dia kata "Stay away from my sight, friends and family". Untuk sight and family tu, memanglah sumpah tak mau wujud depan mata kau dan keluarga lagi. Tapi friends, Hello? Kau dapat kawan2 aku. Aku yang introduced mereka kat kau. Kawan2 kau == kawan2 aku pada mulanya. Sebab kau punya perangai yang macam gampang, siapa je nak kawan ngn kau? Dengan roomate sendiri pun kau kedekut. Apatah lagi dengan sang kekasih? Siapa nak kawan ngn orang mcm kau? Syukur jelah ada perempuan bimbo yang nakkan kau lagi. Kan?
  • Unappreciated - Oh Oh! Lelaki yang tak menghargai pengorbanan sang kekasih memang haruslah ditinggalkan dan dilaknat. Kekasih datang dari jauh buat "SURPRISE! I AM HERE!" Dia boleh emo2 pula, tak cakap "Terima Kasih" lagi tu. Kesian sang kekasih yang mencintainya sepenuh hati.
  • Overprotective - Kekasihnya nak berkawan dengan orang lain pun tak boleh. Kena control gila vavi punya. Kalau tak report and update kita buat apa, kita kat mana.. Dia pissed off. Tapi kalau bagitau kita kat mana, dengan siapa.. Dia pissed off juga! Macam mana ni?
  • Striker yang kurus keding - Okay, sumpah tak nak dah kaum2 yang dari sebuah universiti canggih ni yang ada kriteria tersebut.
  • Lelaki bawah umur - Even lahir pada tahun yang sama, tapi lahir lambat dari saya. Tak laratlah!
  • Berpaling tadah - Baharu saja putus cinta. Sekarang dia nak kembali kat bekas kekasih yang ditinggalkan begitu saja dulu. Dengan alasan, "I mimpikan your mom. I think we should get back together".. Mende lah kau? Ludah jilat balik?
  • Never get a break between relationships - Maknanya, baru lepas clash, tak sampai sebulan dah cari/dapat yang baru. Ni jenis lelaki yang gedik, gila, tamak, tak reti hargai dan menilai cinta. Mungkin sangat bodoh untuk muhasabah kenapa cintanya kali ini gagal. Mungkin dia tak tau rebound tu apa kot?
"Siapa makan cili, dia terasa pedas".. Ditujukan kepada orang yang minta aku "Stay away from my sight, family and friends". Yihaa!

March 11, 2010

Chikubi-kubi Luna

Dear Luna,

Kak Anne rindu sangat kat Luna. Ingat lagi tak Kak Anne pergi kolej kediaman Kakbin kat Institut Teknologi Pertama untuk ambil Luna pada Disember 2007? Kak Anne baru mulakan praktikal kat GIA. Masa tu Luna kecil lagi. Comel sangat! Kak Anne letakkan Luna dalam sangkar berwarna putih berharga RM35 yang diimport dari Kluang. Luna sangat takut sebab kereta bergerak2 sampai landing kat tempat makan tu. Kenapa Kak Anne bagi nama Luna? Mungkin masa tu teringat pensel warna yang glamer masa zaman sekolah dulu. Luna, bukan Yuna Oh Bulan tau~
Binatang peliharaan pertama yang dijaga sendiri, LUNA darling!
Diimport dari Mantin,N9 ke Jalan Klang Lama, KL pula

Luna sangat cantik. Mata sebelah kanan Luna ada dua warna. Bawah dia coklat, atas dia kelabu. Warna bulu Luna yang coklat keperangan tu semakin gelap bila Luna semakin membesar. Luna sangat lincah kaduk (Ayat siapa ni aku pakai). Pantang dilepaskan dari sangkar, Luna pasti akan berlari2 keliling rumah. Kak Anne pun kejar2 Luna, usik2 Luna, dengki Luna sebab nak Luna gembira. Luna kan jantan. Maka sepanjang sebelum Kak Anne mula berpacaran, Luna lah buah hati pengarang jantungku. Kak Anne suka pegang Luna sebab Luna akan senyap je. Tak menggelupur macam pegang anak kucing. Tak miau2 macam anak kucing nangis kena pegang.
Chikubi! Chikubi adalah nama yang roomate Kak Anne bagi kat Luna
Hehe. Padan muka Luna!
Kena zip dalam beg pula. Bhahahah! Sayang, sayang juga! Hasad dengki mesti ada =D

Kak Anne bagi Luna makan palet, kadang2 lobak merah sampai oren2 hidung Luna yang comel tu. Hihi. Kadang2 juga Kak Anne bagi kubis atau buah epal. Kak Anne mandikan Luna setiap minggu. Sangkar Luna pun Kak Anne bersihkan hampir setiap hari. Tak suka Luna duduk kat tempat yang kotor2. Takut sakit macam arnab2 lain kat rumah JB dulu tu.
Luna suka kan tidur dalam bekas makanan ni. Then badan dah besar tak boleh buat mcm ni lagi dah
Waa kudutnya dia lepas mandi
Sikat dan jilat lah sendiri. Haa.. Dah rupa arnab balik. Haha
Ni lah rabbit dalam iklan Energizer tu. Sumpah tipu!
Jangan keluar, masuk balik!
Kat dalam sangkar biru tu lah Kak Anne selalu angkut Luna balik JB. Tu cage untuk hamster rumah yg dah mati. Nasib baik lah muat. Pernah Luna tergolek dog dalam bas Metro nombor 19 masa OTW balik Jalan Klang Lama tu. Mesti Luna bengong2kan lepas cage jatuh dalam bas tu. Hihi! Malu semua orang nampak Luna yang comel. 
Satu hari, housemate Kak Anne bagi berita gempar. Masa tu Kak Anne balik JB dan tinggalkan Luna. Balik2, tengok Luna lain macam. Cerah sikit bulu coklat Luna tu. Kak Anne dah suspek Luna mati dan housemate dah ganti Luna untuk buat Kak Anne tak sedih. Rupa2nya kena prank. Housemate Kak Anne beli satu lagi arnab untuk teman Luna. Nama dia Luni. Masa beli, apek kedai haiwan tu kata Luni tu betina. Kena tipu rupanya. Luni jantan juga. (-_-"). Lapan bulan pun berlalu, Kak Anne berjaya menamatkan kursus praktikal dan kena pulang ke UTP untuk sambung belajar. Oleh sebab roomate Kak Anne kat UTP tak suka binatang, Kak Anne terpaksa tinggalkan Luna dengan housemate kat JKL. Dialah yang jaga Luna dengan baik, makan minum semua cukup. 
Suatu hari, Kak Anne pergi tengok Luna. Luna dah besar! Luna semakin gelap dan tak lagi tidur dalam bekas makanan. 
Luna dan Luni jadi pasangan gay. Mereka suka buat aksi mengawan antara satu sama lain sampai tertanggal2 bulu mereka. Luni yang gila pula suka gigit tangan dia sampai berdarah dan kudung. Sengal!
Kak Anne dah tak nak menyusahkan housemate tu jaga Luna lagi. Maka Kak Anne bawa Luna balik ke JB pada June 2009. Inilah gambar terakhir Luna yang Kak Anne ada sebelum ibu bagi hak penjagaan Luna kat kawan dia. Kak Anne tak sempat pun jumpa Luna buat kali terakhir sebelum Luna dibawa pergi dari rumah kat JB tu. Kak Anne keluar berjalan masa tu. Balik2 je tengok Luna dah tak ada lagi. Terus Kak Anne menitiskan air mata (Sekarang pun tengah menangis ingat Luna).

Luna, jaga diri baik2. Kak Anne tak tau Luna hidup lagi atau dah mati. Apa2pun, terima kasih sebab jadi boyfriend Kak Anne yang gila dan sengal ni selama kita bersama. Kak Anne minta maaf kalau suka sangat sakat2 Luna dulu. Hobi.. I'll always remember you, LUNA. Muahhhhh!

March 10, 2010

Kenapa ARSENGAL?


Okay dear friends! Lepas ni, korang jangan tanya lagi saya ni fan football team mana. Nak benci sebab kita tak sama team pun bencilah sebab, ada aku kisah? Hahaha.. Jawapan saya tak akan berubah. ARSENAL okay, ARSENAL. Nak cerita pasal bola, saya kurang tahu. Tapi bolehlah faham sikit2. Reminiscing the night when I picked Arsenal as my favorite. It happened 5 years ago, someday in November 2005, when the first ever male senior (Mr W) I've known in UTP brought me to Farouk & Sitchik to watch football. Sebelum tu, I am just a plain football audience. Tak minat mana2 team EPL atau international team. I asked him, who was the youngest and the most kacak player in this team? So, he said Fabregas. Which jersey number? 15! (Tiba2 shuffle playlist yang bijak mendendangkan lagu Taylor Swift - 15). Oh yang itu eh? Handsome juga! Sama umur pula tu. Nak admire kehebatan dia lah! (Bukan sebab paras rupa okay). Masa tu dia masih pakai jersi #15 dan home ground mereka ketika itu adalah Highbury Stadium tak pindah lagi kat Emirates. Mr W kata "Eleh, typical Spaniard boy".

Nah! Gambar kau yang terbaik dari ladang untuk game baru2 ni.

Mulai dari saat itulah saya pun menjadi one of The Gooner yang meminati The Gunner. Masa rajin layan MiRC pun saya join #Arsenal. Siap dapat @ lagi tau @]|bubble|trugirl|[. Siapa tah kasi, bukan ada fungsi kat saya pun. Bhahah! Abang Fantabulous Fabregas saya ni pernah dapat Young Player Award. Klik lah link tu, tengok gambar sakai dia. =D Dia juga merupakan Midfield playmaker yang mantap dan selalu assist gol2 Arsenal. Kalau tak caya, tengok stats ni. Pun begitu, saya masih tidak mempunyai jersey Arsenal. Ada siapa2 yang baik hati nak jadikan wishlist saya ni jadi kenyataan ke? Birthday saya lambat lagi, korang boleh saving lagi for my present. Yeay! Nak baju Away ni tau.

Sedikit profil Abang Fabulous ni yang saya korek2 dari Internet:
  • Francesc Fabregas Soler
  • Arenys of Mar Spain
  • 4 May 1987
  • Midfielder (Favorite position saya kalau main futsal)
Now, can you guess my favorite International Team? Reply me by leaving comments. Thanks. And oh BTW, Arsenal won 5-0 against Porto just now in Champions League Round of 16. Way to go!

March 9, 2010

She Was A HR Assistant



Did you all know...


that I was working as a Human Resource (HR) assistant for FOUR months in an Oil & Gas company located in Bangsar? True. I was a coolie back then while resting from the world of UTP Yaw~ I've wasted 8 months doing nothing before the position was offered to me. That time I only eat, sleep, watching TV, playing Pet Society, Restaurant City, Country Story, karaoke, movie, hanging out, and accompanying a friend to a MLM gathering.. That's ALL! It's not that I didn't care to look for jobs. I did apply for data entry clerk positions, administrative assistant, marketing, bla bla bla that I think most suited to my interests in Jobstreet. But I was too stupid looking for those companies that sound familiar to my eyes and ears. I never knew about blind ads until I get hands on experience working on it.

I still remember, I only went for two interviews and I passed the last one. The first interview was with DHL company. The interview was conducted at an office inside City Square JB by a recruitment agency. I went there with my sister, Kabin. She was supposed to be interviewed for a post in City Bank. But, she joined me and DHL and we were interviewed by a tall Indian guy. Separately of course. I was asked about the reason I'm 'resting' from studies. Since I am not the kind of person who can lie without feeling guilty, I told him the truth. Then I was advised by him not to be too honest and frankly speaking when it comes to interview. Haha! (Padan muka) Seriously, that was my first job search interview and I was so nervous! I wasn't interviewed for internship, FYI since the 'company' arranged for my placement. So I FAILED FOR THE INTERVIEW.

Two weeks later, I got an email from another recruitment agency. Should I name it? Ehm, no need lah. Ask me if you wanna know. It was a blind ads. Surprisingly, the job that they wanna offer me is in KL and I will be doing HR tasks! I like this (macam like kat Buzz or Facebook) and I'm gonna give it a try! It was a short notice interview. Like today you receive the email and tomorrow is the interview day. I packed my bag with a Red collared blouse and black pants for the interview. Only that.. not knowing that I will get the job immediately! So I bought a ticket from Terminal Taman Tun Aminah at 12:30am and arrived at Pudu around 5 am. The interview was set at 11am. Crazy! I didn't get enough rest for the interview. I went to Wisma Maran by a cab, the taxi driver thought that I wanted to go to Wisma MARA. That made me late for the interview, and had to pay extra some more. Gosh~

The office of the recruiter was just as small as a grocery shop. The staffs are Indian ladies mostly. Ms D interviewed me briefly, like tak sampai 10 minit pun. Then she called the O&G company saying that I will be coming for the interview immediately. She gave me a recommendation letter, a Job Application Form and the map of the company (which I don't want to mention here). I quickly walked to Masjid Jamek LRT and got down at Bangsar LRT. Actually, I'm quite familiar with the place because I often went lepak with Lan there. I arrived at the office and a lady at the receptionist greeted me. She called Ms C to inform about my arrival and later I was asked to go to Level 2. At Level 2, a curly haired lady introduced herself as Ms C. I thought she's a Malay because she speaks Malay fluently. But, she's not. She brought me to a room and another lady has already waited for me. She's Mrs L. They were so effing serious during the interview. I paused a lot because I was nervous. And making them understand about my situation (defer from studies) consumed a lot of time. Hihi.

30 minutes later, I walked out from the office happily like terlepas satu azab besar, like baru lepas jawab final exam. My expectation wasn't high as I myself know my potential and I sucked during the interview. Since I did not bring a lot of clothes, I decided to go back to JB the next day. But then, Truuut Truuut (2x). A private number called me. I picked up the call and Ms D from the recruitment agency gave me a shocking news. I've got the job!!! She asked me to open an EPF account and to come to the O&G company office on Monday, 10th August 2009. I can't describe my feelings that time. Contented? Sad for having to work far from JB? Okay, I only have one set of office wear, so I went to Ain's house at Shah Alam and borrowed her clothes for one week use. Thanks Ain! (This post will be continued tomorrow with the experience that I would love to share with all my readers)

March 8, 2010

Chemistry is Back in KL!

 Calling all  music lovers  in the city of  Kuala Lumpur!! 

Gambar ihsan dari Chemistry

The euphoniously Chemistry Band will be back in KL next month after the three months commitment with The Hive, Thistle JB. The new location for the next two months live band night show is the Thai Club located at Jalan P Ramlee KL. Friends, I'll be waiting for your text messages and phone calls inviting me to come and enjoy the euphoniousness of my favorite live band ever in Malaysia!

Click here for more info: Chemistry @ Thai Club!

P/S: Shuq, Hakim, Rauf, Lan, Farid, Kak Diana, Rai, Anam, Nolly, Khairi, Pijan & Auji

March 7, 2010

Mbok Mu Seko Endi?

Bahasa apalah saya pakai untuk tajuk entri kali ni? Itulah bahasa Jawa. Saya ini juga berketurunan Jawa yang diwarisi dari sebelah Ibu. Mbok Mu Seko Endi? (Emak kamu dari mana?) Maka jawapannya adalah Batu Pahat. Sebenarnya, saya tak tahu pun berbahasa Jawa. Tapi kawan2 saya yang tinggal di Batu Pahat, boleh kata ramai yang tahu berbahasa Jawa sikit2. Nasib baiklah saya membesar kat JB, tak perlu belajar bahasa kedua tu. Hihi. Semalam kan saya dah cerita kisah keluarga sebelah Ayah. Hari ini, giliran Ibu pula.


Mungkin masa muda2, ibu berwajah seperti ini. Seperti saya yang sekarang.
Ibu pada 1 Syawal Aidilfitri 09

Nama ibu saya Sa'miyah Binti Paiman. Ibu mempunyai adik beradik sejumlah 9 orang Mak Long, Pakcik Madon, Mokde, Pakcik Doli, Ibu, Pakcik Rashid, Arwah Shariff, Mak Cham dan Mak Tim. Ibu telah kehilangan ayahnya ketika masih kecil lagi. Nama arwah ialah Paiman bin Ali. Setelah itu, sepupu arwah ayahnya (Tok Sidah) mengambil ibu saya sebagai anak angkat dan ibu telah dibesarkan di Muar. Dia menuntut di SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar sehingga MCE. Adik beradik ibu yang lain dibesarkan dengan susah payah oleh emaknya, Puan Ramlah Ahmad (atau dikenali sebagai Tok Melah). Menurut cerita ibu, Tok Melah mengambil upah mencuci pinggan, dan baju jiran untuk menyara kehidupan. (Sebak ni).

Bagi keluarga Batu Pahat, saya agak kurang mengenali sepupu2 saya. Mungkin atas beberapa faktor yang saya rasa sensitif untuk disebutkan di sini. Dan satu lagi adalah sebab kisah hitam zaman kanak-kanak saya yang membuatkan saya tidak rapat dengan keluarga sebelah Batu Pahat ini. Yang saya tahu:

  • Mak Long dan Pak Long tinggal di Solok Wan Moh (belakang BP MALL). Mereka ada 9 orang dan dah bercucu. Abang Adi, Abang Rafi, Abg Wep, Boboy, Wani, Wana, Amin dan Zimah. Nama isteri dan anak2 Abang Adi saya tak ingat. Nama isteri Abang Rafi ialah Kak Yus dan nama anak gadis pertama mereka, Nelly. Anak2 yang lain saya tak ingat. Nama isteri Abg Wep ialah Kak Ros dan nama anak2nya saya lupa. Boboy punya bini pun saya tak ingat dan nama anak lelaki dia juga tiada dalam memori. Nama anak Wana sorang tu Mira, nama suami dia pun tak tahu. Wani, Amin dan Zimah belum kahwin lagi.
  • Pakcik Madon dan keluarganya ni memang jarang gila jumpa. Dia tinggal somewhere kat Batu Pahat tu. Mungkin 2 kali je pernah beraya rumah dia dan saya totally dah lupa muka dia macam mana. Nama anak2 dia seorang pun saya tak dapat ingat. Adoi~
  • Mokde (singkatan kepada Mak Odah) ada anak kandung bernama Kak Su. Nama suami Kak Su saya tak ingat tapi anak lelaki sulung dia, Ismail, sangat petah mulutnya dan bijak di sekolah. Mokde juga ada anak angkat bernama Hidayah. Cun dia ni, adik saya Jia adalah idola dia. Hihi. Mokde tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan kami di JB tu.
  • Pakcik Doli dan Mak Jun ada anak2 yg bernama Aishah, Awin, dan tak ingat. Sorang tu dah meninggal masa saya kat sekolah rendah lagi, tapi saya tak ingat lagi nama dia. Pakcik Doli juga tinggal di Batu Pahat.
  • Ibu (atau Mak Uteh) kahwin dengan Pak Uteh. Nama ayah kat Batu Pahat macam tu. Cerita kami dah disebutkan, so tak perlulah ulang lagi.
  • Pakcik Rashid pula ada anak2 bernama Nonoi, Shidee dan Syem2. Rumahnya terletak di Kampung Laut yang belakang Skudai Parade tu.
  • Arwah Sharif tu saya tak pernah jumpa tapi dia meninggal masa ibu masih di bangku sekolah rendah lagi. 
  • Mak Cham ada 2 orang anak bernama Azim dan Cahaya (Nur something2). Alamak! Boleh pulak tak ingat nama sepupu paling muda tu. Dia tinggal kat Parit Raja, Batu Pahat.
  • Mak Tim dan Pakcik Talib pula ada anak bernama Solihin, Ika, Syahadah. Mak Tim tinggal kat Taman Universiti. Dia pandai masak2 kek, kuih. Sedap! Mak Tim ada facebook. Ingat lagi betapa kelakarnya bila saya cuba ajar dia menaip huruf besar (Shift+abjad). Mak Tim sangat becok, tapi dia makcik yang best!
Oleh itu, bagi keluarga sebelah Batu Pahat ni, angka2 bagi cucu cicit tak dapatlah saya pastikan. Balik2 raya je sepupu tu dah ada anak baru dah. Pastu muka semua sepesen je. Memang tak laratlah saya nak hafal. Cukuplah dikenali sebagai Aunty Anne je. 
N sayang sangat kat Ibu. Ampunkan segala dosa2 N ya Ibu?
Anak2 Abang Wep
Nelly dan Mak Cham dan Abang Rafi
Syahadah, Ika, Azim, xx dan Hidayah
Auw! Kiki Lala sangat korang
Mak Tim, Mak Long dan Mokde
Boboy, isteri & anak
Tweety a.k.a Cahaya dan Mak Cham
Ibu saya dan makciknya

Kalau ada keluarga Batu Pahat saya yang terjumpa entri ini, saya ingin memohon maaf kerana tak dapat mengingati semua nama kalian. Sesungguhnya HeadDisk saya sudah sangat uzur dan berhabuk. Hihi.. Harap saya masih berkesempatan untuk jumpa semua orang di Aidilfitri yang akan datang. Wassalam